Sabtu, 12 Julai 2014

Adakah Nabi S.A.W Diperintahkan oleh Allah Untuk Membunuh Orang Kafir?

Adakah Nabi S.A.W Diperintahkan oleh Allah Untuk Membunuh Orang Kafir?

Penjelasan yang sangat kemah-keming oleh Maulana Asri Yusoff, tentang hadits di bawah. Sila dengar dengan teliti dan cuba fahami baik-baik.

أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله

"Aku diutus untuk memerangi (kerana diperangi) manusia hingga mereka bersaksi (bersyahadat), bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, dan jika mereka telah melakukan ini maka mereka terjaga dariku darah dan harta mereka, kecuali dengan hak Islam, dan atas Allah-lah perhitungan mereka." [HR Bukhari No. 25 dan Muslim  No. 36]

Perkataan أقاتل (uqaatilu) itu memberi maksud "saling memerangi", iaitu ada 2 pihak yang saling berperang, bukannya semata-mata maksud "membunuh" atau memerangi membuta-tuli. Lain lah kalau disebut أقتل (aqtulu), baru maksudnya "membunuh".  Sepertimana yang kita tahu, Nabi S.a.w dan sahabat r.a dulu berperang kerana mereka diperangi terlebih dahulu, bukannya Nabi S.a.w datang untuk mula memerangi manusia.

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."  [Surah Al-Baqarah : 190]

Untuk selanjutnya, sila tengok video lah, senang cerita :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.