Ahad, 13 Julai 2014

33,000 Tentera Israel siap sedia lancar Serangan Darat

Sekurang-kurangnya 33,000 tentera Israel, peralatan perang termasuk kereta kebal dan perisai bersiap sedia serta ditempatkan di sepanjang sempadan untuk melancarkan serangan melalui darat di Semenanjung Gaza.

Perancangan terbaru ini membuktikan kekejaman Israel tidak pernah padam selepas serangan yang masuk hari kelima dan mengorbankan 127 orang.

33,000 Tentera Israel siap sedia lancar Serangan Darat

Ketika ini juga, sekurang-kurangnya 16 lagi kawasan penduduk Palestine menjadi sasaran dalam serangan ganas Israel.

Pada masa sama, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu bertegas untuk tidak tunduk dengan tekanan antarabangsa bagi menghentikan pengeboman, manakala Menteri Luar, Avigdor Lieberman pula memaklumkan keputusan akan dibuat mengenai serangan darat, selepas melancarkan fasa pertama melalui udara sebelum ini.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Jeneral Moti Almoz berkata, beliau menjangkakan serangan udara akan berterusan untuk beberapa hari kerana ‘terdapat banyak lagi sasaran untuk diserang’.


Serangan terbaharu semalam membunuh tiga penduduk di timur kejiranan Tufah di Bandaraya Gaza, kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra.

Pesuruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pilay menyuarakan kebimbangan berhubung jumlah kematian orang awam akibat serangan itu.

Rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di Gaza semalaman.

"Pengeboman dua buah masjid di Gaza itu menunjukkan betapa tidak bertamadun musuh itu," kata jurucakap Hamas di Doha, Qatar, Husam Badran.

"Keganasan tersebut memberikan kami hak untuk meluaskan lagi tindak balas bagi menghalang tindakan Israel itu," tambahnya.

Pihak tentera Israel menyiarkan gambar masjid yang diserang itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan roket.

Tentera Israel menyatakan, pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestine menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api.



p/s: Ya Allah! Bantulah pejuang-pejuang Islam dan penduduk Gaza. Dan hancurkan-lah rejim Zionis ini seluruhnya! Amiin Ya Hayyu Qayyum Ya Qahhar Ya Jabbar

1 ulasan:

  1. Serangan Darat Israel di Gaza Dimulai

    Israel melancarkan serangan darat di Jalur Gaza utara, Ahad, yang pertama sejak negara zionis itu memulakan serangan udara di Gaza, ketika kematian warga Palestine terus meningkat.

    Komando angkatan laut melakukan serangan singkat yang mengabaikan seruan PBB untuk gencatan senjata - yang disasarkan pada tapak pelancar roket, menurut radio awam Israel. Cabang bersenjata Hamas menegaskan bahawa pasukan Israel telah terlibat berbalas-tembak dengan pejuang Palestine.

    [Republika Online]

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.