Ahad, 27 Julai 2014

3,000 Penunjuk perasaan di Tel Aviv Tolak Serangan Zionis terhadap Gaza

3,000 Penunjuk perasaan di Tel Aviv Tolak Serangan Zionis terhadap Gaza
Hampir 3,000 orang berkumpul di bulatan Rabin Tel Aviv pada Sabtu malam (26/7/2014) untuk membantah serangan tentera penjajah Zionis di Gaza, demikian lapor The Jerusalem Post (26/7/2014) 

Di bahagian lain dari alun-alun kota, demonstrasi tandingan diadakan oleh penunjuk perasaan sayap kanan.

Dalam demonstrasi tersebut polis dalam jumlah besar dikerahkan, termasuk polis berkuda, yang memisahkan kedua-dua belah pihak untuk mencegah konfrontasi.

Polis membersihkan penunjuk perasaan yang menyekat jalan-jalan dan menangkap lima sayap kanan penunjuk perasaan tandingan.

Di minggu sebelumnya pada 19 Julai terjadi hal yang sama, tetapi protes berubah menjadi kekerasan ketika aktivis sayap kanan melemparkan telur dan botol air pada mereka yang menyeru Israel untuk keluar dari Gaza.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.