Isnin, 2 Jun 2014

Tok Wan 82 tahun masuk Universiti di Terengganu

Tok Wan 82 tahun masuk Universiti
Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di sini.

Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan.

Semangat yang dimiliki wanita berstatus moyang dan nenek kepada 17 cicit, 29 cucu serta ibu kepada tujuh anak itu sememangnya mengagumkan ramai pihak, apatah lagi beliau antara penuntut tertua di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini.

Kata Wan Zainon, keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atas kehendak dirinya sendiri selain ingin mengisi waktu terluang dengan sesuatu yang bermakna.


Sambung bacaan selanjutnya di ....... [Sinar Harian]


p/s: Alhamdulillah, Tok Wan telah memberikan inspirasi kepada kita, bahawa belajar tidak mengenal usia, sama ada belajar secara formal atau tidak formal.  Saya pun teruja ni wahai Tok Wan. Insya Allah, i follow you nanti Tok Wan, kalau ada rejeki dan umur :D

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.