Video menunjukkan kejadian letupan bintang V838 Monocerotis (sebuah bintang merah yang terletak di buruj Monoceros). Letaknya kira-kira 20,000 tahun cahaya dari Bumi.
Sebelum ia meletup, V838 telah berkembang menjadi salah satu bintang terbesar yang pernah diperhatikan oleh ahli-ahli astronomi, menghasilkan 600,000 kali lebih cahaya daripada matahari kita sendiri.
Akibat letupan, V838 mewujudkan echo cahaya yang berkembang menerangi debu kosmik sekitarnya, mewujudkan beberapa imej yang paling menakjubkan dilihat oleh teleskop Hubble setakat ini. Pergerakan yang dilihat bukannya pergerakan gas, tetapi echo cahaya yang menerangi debu kosmik tersebut.
Timelapse ini menggunakan satu siri imej yang dirakam oleh Hubble antara tahun 2002 dan 2006, apabila V838 Monocerotis menghasilkan kilauan yang begitu cemerlang yang mana saintis tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini.
Ahli-ahli sains masih tidak tahu apa yang menyebabkan letupan itu. Mereka asalnya meramalkan bahawa ahli-ahli astronomi telah menonton supernova atau nadi haba bintang yang hampir mati.
Tetapi teori-teori ini telah ditolak selepas mendapati V838 itu kemungkinan bintang muda.
[Mail Online / NASA]
SubhanAllah tabaarokAllah ....... :-)