Jumaat, 27 Jun 2014

Tikus ada Belalai seperti Gajah ditemui di Afrika

Sekumpulan saintis dari California baru-baru ini menemui seekor tikus yang aneh di Afrika. Meskipun badannya tikus, ia mempunyai 'belalai' seperti gajah.

Tikus ada Belalai seperti Gajah ditemui di Afrika

Spesis baru tikus gajah ini, diberi nama saintifik Macroscelides micus, mendiami pembentukan purba gunung berapi di Namibia dan berbulu merah yang membantu ia berbaur dengan warna persekitaran berbatu, kata John Dumbacher, salah seorang dari pasukan ahli biologi di sebalik penemuan tersebut.

Ujian untuk menemui komposisi fizikal haiwan itu dilakukan melalui uji cuba genetik. Hasil uji coba menunjukkan Macroscelides micus itu mempunyai berat kira-kira satu auns atau 28 gram, sedangkan panjangnya 7.5 inci atau 19 sentimeter. Panjang itu sudah termasuk dengan panjang ekor.

Perkara yang mengejutkan dari uji genetik tersebut adalah DNA yang dimiliki oleh binatang kecil ini ternyata lebih mirip dengan mamalia yang lebih besar daripada saiznya. "Ternyata haiwan yang kelihatan dan bertindak seperti tikus yang berkembang di Afrika ini malah lebih erat hubungannya dengan gajah," kata John Dumbacher, salah seorang dari pasukan ahli biologi dari California Academy of Science, San Francisco. 


Dari pemerhatian sementara, kata Dumbacher, haiwan unik yang satu ini mempunyai kebiasaan tidur seperti kijang. Mereka lebih suka kedudukan membongkok di samping semak-semak untuk tidur daripada menggali wilayah tidurnya.

Pola memburu mereka hampir sama dengan tenggiling, yakni menggunakan hidung yang panjang. Hidung itu digunakan untuk menyapu tanah, mencari semut dan serangga lain untuk dimakan.

Para saintis itu merancang untuk kembali ke Afrika dalam beberapa bulan akan datang untuk mempelajari kehidupan dan kebiasaan mereka secara terperinci.

Penemuan itu, diterbitkan dalam Journal of Mammalogy.

[Viva News / Reuters]


p/s: Ma syaa Allah ....... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.