Rabu, 18 Jun 2014

Konsep Tawaf ada dalam pelbagai Agama

Konsep Tawaf ada dalam pelbagai Agama
Tawaf (dalam Bahasa Inggeris ialah "circumambulation" yang diambil dari perkataan Latin iaitu circum around + ambulātus untuk berjalan) adalah tindakan bergerak mengelilingi objek suci atau berhala. [1]

Konsep tawaf samalah dengan konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Nukleus (Proton dan Neutron). Juga sama dengan konsep pusaran air, angin ribut taufan, bulan mengelilingi bumi, planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System), begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya.


Tawaf kuil atau imej dewa merupakan sebahagian daripada dan amalan kebaktian Hindu dan Buddha (dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai pradakśiṇā). [2] Ia juga terdapat dalam agama-agama lain, termasuk agama Yahudi, Kristian, Sikh, Baha'i, Islam dan sebagainya.

Berikut adalah secara sepintas lalu contoh tawaf yang ada dalam pelbagai agama. Kalau nak cerita semua, panjang lah pula jadinya, maka saya berikan beberapa contoh sahaja dalam agama-agama besar dunia.

Tawaf dalam Agama Hindu

Parikrama atau Pradakshina merujuk kepada Tawaf tempat-tempat suci dalam Hindu, Jain atau konteks Buddha. Parikrama bermaksud "jalan mengelilingi sesuatu" dalam bahasa Sanskrit, dan juga dikenali sebagai Pradakshina ("ke kanan" , Dakshina bermaksud "kanan"), mewakili Tawaf.

Kedua-dua perkataan itu kebanyakannya digunakan dalam konteks dewa agama di sebuah kuil, sungai suci, bukit suci dan kelompok tertutup kuil, dan "melakukan parikrama" sebagai simbol berdoa adalah sebahagian daripada ibadat Hindu. [3]

Penganutnya berjalan mengelilingi garbha griha, ruang terdalam makam perumahan dewa kuil. Ia dilakukan mengelilingi api suci (Agni), pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan juga. Oleh itu Pradakshina dilakukan dengan mengelilingi tumbuhan Tulsi dan pokok Peepal. [4]

Tawaf dalam Agama Hindu


Tawaf dalam Agama Yahudi

Dalam agama Yahudi dan Kristian, ada Tawaf Yerikho (Jericho) yang dilakukan oleh Bani Israel dalam Kitab Yoshua. Kepercayaan Yahudi melakukan Tawaf semasa Hoshanah Rabbah pada akhir Pesta Sukkot, dan pengantin perempuan Yahudi Tawaf pengantin lelaki semasa majlis perkahwinan.

Membakar kemenyan di tempat penyembahan ialah adat upacara pendeta-pendeta pada zaman Musa dan Harun.

Tawaf dalam Agama Kristian

Di dalam Gereja Katolik, paderi kadang-kadang Tawaf suatu mezbah semasa membakar kemenyan dengan thurible. Selain itu, di beberapa tempat-tempat suci Katolik, ia adalah satu tradisi untuk tawaf objek kultus tempat itu, biasanya peninggalan seorang yang keramat atau imej Yesus atau Perawan Maria. Selalunya ini dilakukan tiga kali, sebagai merujuk kepada Trinity.

Paderi-paderi  Roman Katolik tawaf makam Kristus. Kredit: beitemmett.blogspot.com

Di Romania, terdapat adat bagi Paskah untuk tawaf gereja tiga kali dengan paderi yang menyanyi mengetuai orang ramai, sebelum menamatkan Paskah Mass. Ia melambangkan perarakan pengkebumian di pengebumian Yesus Kristus. [5]

Tawaf dalam Agama Islam

Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji Allah. Tiada tempat di dunia ini yang selama 24 jam sehari dipenuhi orang tawaf tanpa henti bergilir-gilir begitu, SubhanAllah.

Tawaf keliling Kaabah

"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Surah Al Hadid : Ayat 1]

Begitu juga jika dilihat pada suatu AZAN yang dilaungkan apabila masuk waktu solat, ianya sentiasa berkesinambungan tanpa henti dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia ini mengikut waktu-waktunya. Dengan kata lain, AZAN itu diibaratkan suara (memuji dan mengagungkan kebesaran Allah) yang tawaf mengelilingi Bumi tanpa henti, masyaAllah!

Kenapa Azan dikira sebagai tawaf mengelilingi dunia? Kerana suara itu tetap bergema dari satu tempat ke satu tempat, memandangkan masuk waktu solat bagi setiap kawasan berbeza mengikut ukuran masa dalam sehari. Maka suara azan itu seolah-olah berjalan dari satu tempat ke tempat lain, hinggalah 24 jam kemudiannya kembali masuk waktu di tempat permulaan tadi. Ia seolah-olah mengelilingi dunia setiap hari.

Tidak perlu saya ulas lanjut lagi tentang Tawaf di dalam Islam. Anda boleh membaca lanjutannya di tajuk Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya bertasbih memuji Allah bagi yang belum membacanya.

Kenapa semua agama ada konsep Tawaf?

Kenapa dalam agama lain selain Islam ada juga konsep tawaf? Itu tidak memeranjatkan kerana agama-agama di dunia ini dulunya berasal dari ajaran para Nabi a.s juga, yang telah banyak dipinda dan diubah-suai oleh umat terkemudian.

Cuma tidak seperti konsep tawaf dalam Islam, yang mana tawaf jemaah Haji di Kaabah dan tawaf azan mengelilingi dunia berlaku sepanjang masa, 24 jam sehari tanpa henti, SubhanAllah!

"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah ialah Islam."  [Surah Aali-Imran : ayat 19]

Peluk lah Islam kerana Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai dan direstui oleh Allah S.w.t Pencipta Segala Makhluk. Belajar lah tentang Islam yang dibawa oleh Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.

Semoga kita dapat mengecapi kebahagiaan di dunia (sementara) dan juga di akhirat (selama-lamanya). Wallahu a'lam ....... :-)


Rujukan:

1 - Bowker, John (1999). The Oxford Dictionary of World Religions. New York: Oxford University Press. p. 224. ISBN 0-19-866242-4.
2 - buddhamind.info
3 - Bowker, John (1999). The Oxford Dictionary of World Religions. New York: Oxford University Press. p. 224. ISBN 0-19-866242-4.
4 - indiadivine.org
5 - http://en.wikipedia.org/wiki/Circumambulation

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.