Berita Terkini

Kisah Uzair dimatikan 100 tahun dan dihidupkan kembali

Tulang keldai
Al-Hafidz Abu Al-Qasim Ibnu Asakir berkata, "Dia adalah Uzair bin Haiwah."  Ishak bin Bashar berkata, "Uzair [1] adalah seorang hamba Allah yang shaleh dan bijaksana. Suatu hari dia keluar ke kebun yang selalu dijaga dan dipeliharanya.  Ketika pulang pada waktu Zhuhur, dia berhenti berdekatan sebuah rumah kosong kerana ketika itu cuaca panas terik. 

Ketika masuk ke rumah kosong itu dia berada di atas keldainya. Dia lalu turun dari keldainya dengan membawa bakul berisi buah tin dan anggur. Dia berhenti di bawah naungan rumah kosong itu dengan mengeluarkan sebuah pinggan besar yang dia bawa. Dia memerah anggur yang dibawanya ke dalam pinggan besar itu. Dia keluarkan roti kering yang dibawanya dan meletakkannya di dalam pinggan yang sama agar menjadi basah untuk dia makan.

Setelah itu dia berbaring dengan beralaskan belakangnya. Dia memikirkan tentang rumah dan rumah-rumah di sekitarnya yang masih dalam keadaan tegak tetapi telah kosong dari penghuni. Dia melihat tulang-belulang yang telah hancur. Dengan penuh hairan dia berkata, "Bagaimana Allah akan menghidupkan semua ini setelah kematiannya?"

Oleh kerana itu, Allah pun mengutus Malaikat Maut untuk mencabut rohnya dan mematikannya selama 100 tahun.

Kemudian datang malaikat peniup roh dan dia dihidupkan kembali oleh Allah. Malaikat itu berkata kepadanya;

قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ

"....... Berapa lama kamu tinggal di sini? Dia menjawab, saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari......."  [Surah al-Baqarah : ayat 259]

Itu kerana dia tidur pada tengahari dan terjaga pada petang hari, ketika matahari belum terbenam. Malaikat lalu berkata kepadanya;

بَلْ لَبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ 

".......Sebenarnya kamu telah tinggal di sini selama seratus tahun......."  [Surah al-Baqarah : ayat 259]

Makanannya belum berubah, demikian juga buah tin dan anggur yang dia bawa, sedangkan keldainya telah mati dan hancur dengan tulang-belulangnya berserakan. Malaikat lalu menyeru agar keldai itu dikembalikan seperti sedia kala. Dipasangnya seluruh urat dan otot, lalu dibungkus dengan daging. Ditumbuhkan padanya bulu-bulu, lalu ditiupkan roh oleh malaikat. Setelah itu bangkitlah keldai itu dengan mengangkat kepalanya dan dia pun berbunyi. [1]

Menurut suatu pendapat, negeri tersebut diramaikan kembali setelah 7 tahun kematian lelaki itu (Uzair). Penduduknya lengkap seperti sebelumnya dan kaum Bani Israel kembali lagi ke negeri itu. Ketika Allah membangkitkannya setelah dia mati, maka anggota tubuhnya yang mula-mula dihidupkan oleh Allah adalah kedua matanya. Dengan demikian, maka dia dapat menyaksikan perbuatan Allah,  bagaimana Allah menghidupkan kembali dirinya.

وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِلنَّاسِ

"....... Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan kami bagi manusia ......."  [Surah al-Baqarah : 259]

Iaitu sebagai dalil yang membuktikan bahawa adanya Hari Kebangkitan Semula (Hari Kiamat).

ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا

"....... kemudian Kami membungkusnya dengan daging......." [Surah al-Baqarah : 259]

As-Saddi dan lain-lainnya mengatakan bahawa tulang-belulang keldainya telah bercerai-berai di sebelah kanan dan kirinya. Lalu dia memandang pada tulang-belulang itu yang berkilauan kerana putihnya. Kemudian Allah mengirimkan angin, lalu angin itu menghimpun kembali tulang-belulang itu ke tempat asal. Kemudian masing-masing tulang tersusun pada tempatnya masing-masing, hingga jadilah seekor keldai yang berdiri berbentuk rangka tulang tanpa daging. Selanjutnya, Allah memakaikan kepadanya daging, otot, urat dan kulit, lalu Allah mengirim malaikat yang ditugaskan untuk meniupkan roh ke dalam tubuh keldai itu melalui kedua lubang hidungnya. Maka dengan serta-merta keldai itu merengek dan hidup kembali dengan izin Allah S.w.t. Semuanya itu terjadi di depan mata Uzair sendiri.  [2]

Taurat berhenti turun pada zaman Uzair. Uzair pun menulis dan menghafalnya. 

Bani Israel berkata, "Musa tidak boleh memberi kami Taurat, melainkan dalam bentuk kitab, sedangkan Uzair telah membawanya kepada kami Taurat bukan dalam bentuk kitab."

Sekelompok dari mereka berkata, "Uzair adalah anak Allah." Mereka adalah kaum yang dilaknat Allah. [3]


Rujukan:

1 - Imam Ibnu Katsir - Ringkasan Al-Bidayah wan Nihayah,  diringkaskan oleh Dr. Ahmad Al-Khani.
2 - Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir , Surah Al-Baqarah.
3 - Imam Ibnu Katsir - Ringkasan Al-Bidayah wan Nihayah,  diringkaskan oleh Dr. Ahmad Al-Khani.

_____________________________________________________________________________

Nota kaki:

1 - Uzair dalam bahasa Ibrani disebut עֶזְרָא / Ezra, yang bermaksud "penolong".

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.