Isnin, 16 Jun 2014

Kempen Islam Di Brazil: 4 Orang peminat Bola Peluk Islam setakat ini

Sekurang-kurangnya ada empat orang dari para peminat sepak bola piala Dunia (piala Dunia 2014 di Brazil) yang telah memeluk agama Islam sebagai respons yang dilakukan oleh dewan tinggi Para Imam dan Hal Ehwal Agama Islam di Brazil, dalam rangka memperkenalkan Islam, sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang pendakwah yang ikut terlibat dalam kempen tersebut di akaun jejaring rasminya. 

John Fontain, menulis di akaun Facebooknya, "dua orang telah memeluk Islam selama hari-hari pertama piala Dunia di Brazil."

Dia menambah, "dua orang tersebut telah mencari kebenaran selama bertahun-tahun, dan kami bertemu dengan mereka lalu kami perkenalkan dengan Islam hingga mereka menyatakan syahadat setelah meyakini bahawa agama ini (Islam) adalah memang Agama yang paling benar."

Fontain menunjukkan bahawa salah seorang yang masuk Islam bernama Amir, telah mencari - cari selama empat tahun tentang agama Islam, dan dia masuk islam melalui saya dan saya mengetahui darinya bahawa dia datang ke Brazil untuk menjadi penyokong Bola. Dia adalah orang Amerika dari bandar San Pinto di Wilayah Analdino.


Dia melajutkan. "Orang kedua bernama onlandino Dari California, sebelumnya dia telah melawat sebuah masjid di Ibukota Brazil, Brasilia, dan menemui kedamaian dalam hatinya, dan setelah melakukan perbualan yang singkat, kami memberinya al-Qur'an terjemahan, dan akhirnya dia memeluk Islam "

Fontain tidak memperincikan kebangsaan orang-orang yang masuk Islam selain mereka. Namun sementara itu, Faisal Al-Hashemi, Pengarah kepada kempen "jadilah Da'i dalam Piala Dunia", berkata, "kemasukan sejumlah penyokong ke dalam Islam setelah yakin dengannya, adalah merupakan tujuan sebenar dari kempen ini."

Menurut ketua dewan Tertinggi Imam dan urusan Islam di Brazil, Khaled Rizq Taqiyudin, dalam sebuah kenyataan kepada Anatolia, bahawa pertandingan Piala Dunia telah di buka di negaranya pada hari Khamis lalu, dan kempen yang bertajuk "kenalilah Islam" telah berjaya menyampaikan Islam ke ribuan peminat bola yang datang.

Kempen ini mendapati respons yang sangat ketara dari para peminat Bola dari pelbagai bangsa, di mana mereka melihat khemah-khemah atau kereta yang selalu memperjuangkan Islam dan membantu setiap orang yang ingin mengetahui kebenaran tentang agama Islam. "

Sebelumnya Dewan Tertinggi Imam dan Hal Ehwal Islam di Brazil telah mengedarkan hampir 28 juta buku tentang Islam dan 21 Islamic Center di beberapa bandar di Brazil, dalam sepuluh bahasa yang berbeza, yang di edarkan selama kegiatan piala Dunia.

Dewan Tertinggi Iman dan Hal Ehwal Islam, ditubuhkan oleh sejumlah muslim yang tinggal di Brazil dengan tujuan mempertemukan komuniti muslim di negara ini, yang jumlahnya telah mencapai 1.5 juta orang (dari total jumlah penduduk Brazil 199 juta orang, menurut bancian 2012), yang tersebar di pelbagai wilayah dan mempunyai lebih dari 100 masjid dan 60 syaikh dan Da'i melakukan aktiviti di sana.

[Era Muslim / Morocco World News]


p/s: ALLAHU AKBAR!! Alhamdulillah, semoga pendakwah-pendakwah ini dibantu oleh Allah S.w.t dan dibalas syurga di akhirat nanti. Dan semoga para muallaf dapat maintain dalam Islam dengan Tuhan yang satu iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala, dirahmati dan diberkati selalu, dan masuk syurga juga di akhirat nanti. Amiin 




Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.