Jumaat, 20 Jun 2014

Kavita, wanita berasal dari keluarga Hindu Ekstrim yang Masuk Islam

Kavita, wanita berasal dari keluarga Hindu Ekstrim yang Masuk Islam
Kavita lahir dari keluarga Hindu yang taat. Keluarganya adalah ahli Shiv Sena, sebuah organisasi pemeluk agama Hindu di India yang dikenali ekstrim dan radikal. Tidak hairan jika Kavita sama sekali tidak mengenal agama Islam, bahkan ibadah wajib kaum Muslimin yang disebut salat pun dia tidak tahu, sampai akhirnya dia menjadi seorang muslim dan ibadah salatlah yang membuatnya mencintai Islam. 

Setelah memeluk Islam, dia menukar namanya menjadi Nur Fatima. Kisahnya menjadi seorang muslim, melalui jalan panjang dan berliku. "Saya lahir dan berkahwin di Mumbai, India. Usia saya 30 tahun, tapi saya masih merasa seperti anak yang masih berusia lima tahun, kerana pengetahuan saya tentang Islam masih sedikit, tidak lebih dari pengetahuan yang dimiliki anak usia lima tahun," kata Kavita atau Nur Fatima yang menyandang gelaran master dari Universiti Cambridge ini.

"Saya menyesal, kerana selama ini saya cuma mengejar gelaran kesarjanaan di dunia, tapi tidak melakukan apa-apa untuk kehidupan di akhirat kelak. Sekarang, saya ingin melakukan sesuatu untuk kehidupan di Hari Akhir nanti, "ujar Nur Fatima yang dianugerahkan dua anak lelaki ini.

Ditanya tentang bagaimana mulanya dia memilih menjadi seorang muslim, Nur Fatima menjawab dengan mendedahkan rasa syukurnya pada Allah S.w.t. "Pertama kali, saya ingin mengucapkan syukur pada Allah S.w.t yang telah melimpahkan rahmat-Nya. Ketika Allah swt. berkehendak, Dia akan memberikan pemahaman pada seseorang tentang agama Islam," ujarnya.

"Saya membesar di persekitaran orang-orang Hindu ekstrim yang sangat membenci orang-orang Islam. Saya memeluk Islam selepas berkahwin, tapi sejak remaja saya tidak senang dengan penyembahan terhadap patung-patung ... "

"Saya ingat, dulu pernah meletakkan sebuah patung sembahan ke dalam ruang untuk mencuci di rumah. Kakak saya menegur perbuatan itu dan saya menjawab, jika patung itu tidak boleh melindungi dirinya sendiri, lalu mengapa kita meminta perlindungan darinya? Apa yang diberikan patung itu pada kita?, "Kisah Nur Fatima mengingat masa kecilnya. 

Dia mengatakan bahawa dalam keluarganya ada ritual di mana seorang anak perempuan, ketika berkahwin, harus mencuci kaki suaminya dan meminum air basuh kaki itu. Nur Fatima sejak awal menolak keras tradisi itu dan kerana itulah dia sering kena tegur keluarganya. 

Sejak tinggal sendiri kerana sekolah di luar negeri, Nur Fatima pernah sesekali melawat sebuah Islamic Center. Dari perbincangan yang sering dia dengar, dia jadi tahu bahawa kaum Muslimin tidak menyembah patung atau berhala tapi hanya menyembah apa yang kemudian dia tahu disebut "Allah" S.w.t oleh kaum Muslimin.

Nur Fatima berkata bahawa ibadah salat yang membuatnya sangat menarik perhatian terhadap orang-orang Islam. "Pada mulanya saya tidak tahu bahawa ibadah yang mereka lakukan itu disebut salat. Tadinya saya fikir, mereka melakukan sejenis latihan kecergasan. Saya tahu ibadah yang mereka lakukan disebut salat ketika saya berkunjung ke Islamic Center itu, "ujar Nur Fatima yang mengaku, sejak itu dia sering bermimpi berada di dalam sebuah ruangan empat dimensi, namun dia tidak tahu apa makna mimpi itu. 

Setelah berkahwin dan menetap di Bahrain, Nur Fatima banyak belajar tentang Islam, apalagi persekitarannya adalah kaum Muslimin. Dia sering melawat kenalan-kenalannya yang muslim. Pernah pada bulan Ramadan, sahabat muslimnya meminta Nur Fatima untuk tidak sering berkunjung kerana sahabatnya itu merasa terganggu terhadap kedatangan Fatima. Tapi Fatima meminta agar rakannya itu tidak melarangnya datang ke rumah kerana sebagai seorang yang baru masuk Islam, dia ingin mengamati apa saja yang dilakukan seorang muslim pada ketika bulan Ramadan.

Sahabatnya lalu memperkenankan Fatima berkunjung selama bulan Ramadan, dan dari kunjungannya itu Fatima mengamati bagaimana sahabatnya salat dan membaca Al-Quran. Diam-diam, Fatima mengikuti gerakan salat meski ketika itu dia tidak banyak tahu tentang sembahyang dan bacaannya. Dia mengunci biliknya ketika melakukan semua itu. Tapi suatu ketika, dia lupa mengunci biliknya dan suaminya menyaksikan apa yang dilakukan Fatima. Fatima tahu suaminya akan marah, mulanya dia merasa takut untuk menjelaskan, tapi akhirnya dia mendapatkan keberanian, entah dari mana, untuk mengatakan bahawa dia sudah masuk Islam dan yang dia lakukan adalah salat, kewajipan sebagai seorang muslim. 

Suami Fatima marah mendengarnya, begitu juga saudara perempuan Fatima ketika mendengar bahawa Fatima sudah menjadi seorang muslim. Keduanya memukul Fatima sampai bengkak dan lebam. 

Selepas kejadian itu, Fatima tidak boleh menemui siapa pun dan dia dikunci di dalam bilik. Ketika itu, Fatima belum resmi menjadi seorang muslim, dia sendiri hairan mengapa dia berani dengan tegas mengatakan bahawa dia sudah masuk Islam pada suaminya.

Suatu malam, anak lelaki tertua Fatima yang masih berusia 9 tahun masuk ke biliknya dan menangis. Anak lelakinya itu meminta ibunya untuk melarikan diri dari rumah, kerana keluarga mereka berniat membunuh Fatima kerana mengaku sudah masuk Islam. 

"Saya tidak boleh melupakan saat-saat yang berat itu ketika anak lelaki pertama saya membangunkan adiknya dan berkata, 'Bangun, mama akan pergi. Temuilah mama sekarang, kerana tak ada yang tahu apakah mama akan bertemu kita lagi atau tidak '," kata Fatima. 

"Anak kedua saya baru menemui saya beberapa hari kemudian, dia bertanya sama ada saya akan pergi dan saya cuma boleh mengangguk. Saya yakinkan dia bahawa kita akan bertemu lagi," sambung Fatima. 

Di tengah malam gelap dan sejuk, Fatima meninggalkan rumah dengan membawa dua cinta dalam hatinya. Cinta terhadap kedua anak lelakinya dan cintanya pada Islam.

Fatima menuju sebuah pejabat polis. Beruntung, ada seorang pegawai polis yang mengerti bahasa Inggeris. Setelah meminta rehat sebentar, pada pegawai polis itu mengatakan bahawa dia lari dari rumah kerana ingin masuk Islam. Pegawai polis itu kemudian membantu Fatima dan memberikan tempat berlindung sementara di rumahnya. Fatima menolak untuk kembali pulang, ketika keesokan harinya suaminya datang ke pejabat polis dan mengatakan bahawa isterinya telah diculik.

Pegawai polis itu kemudian membawa Fatima ke rumah sakit untuk menjalani rawatan kerana luka-luka yang dialaminya akibat penyeksaan yang dilakukan oleh suami Fatima. Setelah luka-lukanya sembuh, Fatima terus melawat sebuah Islamic Center terdekat. Di Islamic Center itu, dia melihat sebuah gambar tergantung di dinding. Saat itulah dia menyedari bahawa gambar itulah yang pernah hadir dalam mimpi-mimpinya. Seorang pegawai Islamic Center mengatakan bahawa gambar itu adalah gambar Kaabah

Di Islamic Center itulah dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan Nur Fatima diangkat sebagai anak oleh pemilik Islamic Center itu. Dia kemudian dinikahkan dengan seorang lelaki muslim. Impiannya selepas rasmi menjadi seorang muslim ketika itu adalah, akan pergi ke Baitullah dan menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut.


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.