Berita Terkini

Karamah al-Ala’ ibnu al-Hadhrami

Karamah sahabat menunggang kuda di atas air
Unta-unta yang lari datang kembali selepas al-Ala' berdoa

Al-Ala' ibnu al-Hadhrami r.a ialah salah seorang sahabat nabi yang senior dan termasuk dari kalangan orang yang berilmu, banyak beribadah dan mustajab doanya.

Dalam peperangan (memerangi kaum Murtad di Bahrain), terjadi satu karamah. Ketika mereka berhenti di suatu tempat [1]  iaitu ketika pasukan belum sempat berhenti dengan sempurna, tiba-tiba unta mereka menjadi bengis dan lari membawa seluruh perbekalan tentera baik berupa khemah, makanan dan minuman.

Waktu itu mereka berdiam di tempat itu dan hanya membawa pakaian yang ada di badan mereka sahaja. Kejadian ini terjadi pada waktu malam. Tiada seekor unta pun yang dapat mereka kejar. Waktu itu mereka ditimpa perasaan gelisah dan sedih yang tidak terperi, hinggakan sebahagian mereka mula berwasiat kepada yang lainnya menunggu ajal datang menjemput.

Maka salah seorang pembantu al-Ala' memanggil dan mengumpulkan mereka, kemudian al-Ala' mulai berbicara, "Wahai hadirin sekalian, bukankah kalian orang Islam? Bukankah kalian sedang berperang di jalan Allah? Bukankah kalian penolong agama Allah?" Mereka menjawab, "Ya benar!" Al-Ala' melanjutkan lagi, "Demi Allah bergembiralah! Dia tidak akan menghinakan kalian dalam keadaan seperti ini. 

Kemudian adzan Subuh dikumandangkan ketika terbit Fajar, dan Al-Ala' shalat bersama seluruh pasukan. Selesai shalat al-Ala' duduk bersimpuh dengan kedua lututnya, dan orang lain pun mengikutinya. Mulailah dia berdoa sambil mengangkat tangan dan orang lain pun mengikut beliau. Hingga matahari terbit, ketika cahaya matahari semakin terang sedikit demi sedikit, tiba-tiba Allah ciptakan untuk mereka tepat di tepi mereka sebuah kolam besar penuh dengan air. Maka al-Ala' dan pasukannya segera mendatangi tempat itu, mereka minum dan mandi sepuasnya. Dan ketika siang mulai meninggi, tiba-tiba semua unta mereka kembali dari segala penjuru lengkap dengan perbekalan yang ada di atas belakangnya.

Tidak seorang pun yang merasa kehilangan walaupun seutas tali. Mereka segera memberi minum unta-unta mereka sepuas-puasnya, dan ini merupakan "karamah" yang disaksikan oleh ramai orang sekaligus merupakan tanda kebesaran Allah bagi pasukan ini.

Tentera al-Ala' menunggang kuda di atas air menyeberangi laut

Ketika pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) selesai, al-Ala' berkata kepada tenteranya, "mari kita berangkat menuju Darain [2] untuk memerangi musuh yang berada di sana." Seluruh tentera segera mematuhi perintahnya. Mereka mulai bergerak hingga sampai ke tepi pantai dan bersiap-siap untuk mengejar perahu-perahu musuh. 

Namun jarak antara mereka dengan perahu sudah jauh, maka al-Ala' segera masuk ke laut dengan kudanya sambil berdoa, "Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang, ya Allah Yang Maha Bijaksana dan Mulia. ya Allah Yang Maha Esa dan Tempat bergantung, ya Allah Yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri, ya Allah Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Tiada Tuhan yang Haq melainkan Engkau. Engkaulah Rabb kami." Kemudian dia perintahkan tenteranya  untuk mengucapkan doa yang sama dan terus masuk ke laut bersama kuda mereka.

Akhirnya mereka dapat menyeberangi teluk tersebut dengan mengenderai kuda yang berjalan di atas air seolah-olah sedang berjalan di atas pasir yang lembut yang sedikit airnya dan berpasir, namun tidak sampai sebatas kaki kuda dan tidak pula sampai  sebatas pelana kuda. 

Padahal perjalanan ini jika ditempuhi dengan kapal akan memakan masa sehari semalam, namun dengan cepat mereka telah sampai ke pantai seberang. Dia terus memerangi musuh hingga berjaya mengalahkan mereka dan mengambil seluruh harta rampasan perang mereka. Kemudian dia kembali lagi ke sebelah pantai pertama. Perjalanan pergi dan balik menyeberangi laut hanya memakan masa sehari sahaja, tanpa menyisakan seorang musuh pun yang hidup untuk membawa berita.


Nota kaki:

1 - Dalam Thabaqat Ibnu Sa'ad 3/363 disebutkan nama tempat tersebut iaitu Dahna' (sebuah padang pasir antara Najd dan Al-Ahsa'.
2 - Darain ialah nama sebuah dermaga di Bahrain (Yaqut, 2/432).


[Imam Ibnu Katsir - Al-Bidayah wan Nihayah, Masa Khulafa' Ar-Rasyidun]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.