Ahad, 1 Jun 2014

Haftar dan As-Sisi bersatu dalam Satu Tujuan …. Menumpas Gerakan Islam

Mejar Jeneral Libya Khalilfa Haftar, yang memimpin operasi ketenteraan di Libya, di mana kerajaan menganggapnya sebagai rampasan kuasa tentera, menyebut bahawa dirinya sampai saat ini belum bertemu As-Sisi yang baru saja memenangi pilihan raya Presiden. Dia menegaskan bahawa perasaan mereka bersatu dalam satu tujuan iaitu menumpaskan "Terorisme", dimana hal itu menunjuk pada gerakan Islam yang ada di Libya dan Mesir. 

Dia menekankan bahawa untuk itu kerenggangan hubungan antara Libya dan Mesir yang terjadi selama tempoh terakhir harus cair, katanya.

Haftar menambah, As-Sisi adalah tokoh tentera terkemuka .... saya kagum kepadanya, dia telah menunjukkan rasa hormat yang sangat besar terhadap para bekas pemimpin Mesir, seperti Mendiang Gamal Abdul Nasser. 

Ini adalah kenyataan pertama Haftar selepas pilihan raya Mesir, yang dimenangi oleh Sisi ke atas lawannya Hamdeen, walaupun peratusan penyertaan rakyat Mesir dalam pilihan raya kali ini sangat lemah. Dimana itu juga menunjukkan akan lemahnya ketokohan As-Sisi di mata rakyat Mesir yang akan dipimpinnya.

[Era Muslim]


p/s: Taktik acuan barat, iaitu kononnya memerangi "terorisme" (keganasan) tetapi sebenarnya mahu menghalang gerakan Islam, kerana dibuai dengan dunia. Makin lama makin nyata dan makin "besar kepala" pengaruh barat di Timur Tengah.

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.