Jumaat, 6 Jun 2014

Dukun dari Ghana mengaku santau Ronaldo

Nana Kwaku Bonsam
Kecederaan yang dialami bintang Real Madrid yang berpasport Portugal, Cristiano Ronaldo ternyata bukan kecederaan biasa, namun merupakan penyakit kiriman seorang dukun dari Ghana. 

Salah seorang dukun santau berasal Ghana, Nana Kwaku Bonsam, mengaku bertanggungjawab di atas kecederaan yang dialami bintang utama pasukan kebangsaan Portugal itu. Bonsam berkata, tujuan santaunya agar Ronaldo tidak bermain di Piala Dunia.

"Saya serius. Saya yang membuatnya mengalami kecederaan. Minggu lalu saya mencari empat ekor anjing sebagai alat membuat ramuan 'Kahwiri Kapam'," ujarnya kepada sebuah stesen radio Ghana, Angel FM.

Dia mengaku, telah melakukan persediaan untuk menawan Ronaldo sejak empat bulan lalu. "Cedera yang dialami Ronaldo tidak akan dapat diubati oleh mana-mana doktor. Sebab mereka tidak akan nampak punca kecederaan yang dialami Ronaldo," kata beliau.

Ghana berada dalam Kumpulan G bersama Portugal, Jerman dan Amerika Syarikat. Ghana dijadualkan pertemu Portugal pada tarikh 26 Jun.

cristiano ronaldo


[Republika Online]


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.