Selasa, 6 Mei 2014

Rangkaian hotel Brunei diboikot kerana pelaksanaan Undang-undang Islam

Rangkaian hotel Brunei diboikot kerana pelaksanaan Undang-undang Islam
Selalu ada saja usaha penentangan dalam penguatkuasaan syariat Islam. Seperti yang dialami wilayah Brunei Darussalam baru-baru ini. Selepas mengumumkan mengenakan syariat Islam, para selebriti Barat memboikot rangkaian hotel yang berkaitan dengan wilayah dipimpin kesultanan tersebut. 

Di lapor The Washington Post, Isnin (05/05), para selebriti Barat, seperti Ellen DeGenenres dan pengasas Virgin Group Richard Branson, pemulauan itu dilakukan setelah kerajaan Brunei mengumumkan menerapkan syariat Islam, yang termasuk di dalamnya hukuman mati dengan direjam.

Sultan Hasanal Bolkiah, pemerintah Brunei, pada hari Rabu lalu (30/04) mengumumkan bahawa peralihan wilayah tersebut ke undang-undang syariah telah bermula. Pada fasa pertama, pengenalan hukuman dikenakan atas kesalahan yang lebih rendah seperti tidak hadir pada solat Jumaat dan perilaku tidak senonoh.

Pada fasa kedua yang bermula akhir tahun ini akan dilaksanakan hukum potong tangan dan sebatan untuk aksi kejahatan, seperti kecurian dan rompakan. Hukuman mati dengan direjam juga akan dilaksanakan akhir tahun depan untuk pelanggaran yang lebih besar, seperti sodomi dan perzinaan, sebagaimana dilaporkan AFP.

Richard Branson menyatakan bahawa pekerja Virgin akan memboikot rangkaian hotel mewah Dorchester Collection, yang meliputi Dorchester di London dan Hotel Beverly Hills di Los Angeles. Rangkaian hotel tersebut, menurut sejumlah laporan, dimiliki oleh Badan Pelaburan Brunei yang memegang kekayaan wilayah di bawah Jabatan Kewangan Negara Brunei. 

"Tidak ada pekerja, mahupun keluarga kami yang akan menginap di Hotel Dorchester sampai Sultan mematuhi hak asasi manusia," tulis Branson di tweeter pada hari Sabtu, 03/05.

Di antara selebriti lain yang telah menyeru boikot adalah pelawak Stephen Fry, pembawa acara TV Sharon Osbourne dan Ellen DeGeneres. 

"Saya tidak akan melawat Hotel Bel Air atau Hotel Beverly Hills sampai ini diselesaikan," tweet DeGeneres pada 22 April. 

Kumpulan feminis Amerika Syarikat, Majority Foundation, juga menarik penghargaan Global Women 's Rights Award dari Hotel Beverly Hills, sebagaimana dilaporkan AFP.



p/s:  Usaha menegakkan syariat Islam sudah tentu akan mendapat penentangan, terutamanya dari mereka yang tak suka dan faham tentang Islam. Usahkan kita, di zaman Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat r.a pun ada penentangan. 

Orang beriman tidak takut kepada penentangan-penentangan yang dilakukan terhadap usaha-usaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH di muka bumi ini.  Allahu akbar!

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."  [Surah Muhammad : ayat 7]

Jika kita betul-betul yakin dengan Allah S.w.t, apa lagi yang hendak ditakutkan?  Mati?  SEMUA ORANG akan merasai mati nanti. Wallahu a'lam.

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.