Rabu, 7 Mei 2014

Perdana Menteri Thai didapati bersalah atas penyalahgunaan kuasa

Yingluck Shinawatra
Mahkamah perlembagaan Thailand telah mengarahkan Yingluck Shinawatra, 46, untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa beliau.

Mahkamah pada hari Rabu memutuskan Yingluck telah menyalahgunakan kuasa beliau dengan memindahkan seorang pegawai kanan kerajaan (iaitu ketua Majlis Keselamatan Negara) pada tahun 2011 kepada kedudukan yang lain. Ia berkata pemindahan itu dijalankan dengan "agenda tersembunyi" untuk faedah politik keluarga yang berkuasa itu.

Mahkamah juga memutuskan bahawa sembilan anggota kabinet beliau telah bersubahat dalam penyalahgunaan. Yingluck menafikan semua tuduhan.

Niwatthamrong Boonsongphaisan, timbalan perdana menteri, dilantik sebagai Perdana Menteri sementara mengganti tempat Yingluck.

Thailand telah mempunyai kerajaan bertindak sejak Yingluck membubarkan Dewan Rakyat Parlimen pada bulan Disember dalam percubaan gagal untuk meredakan tunjuk perasaan selama enam bulan anti kerajaan. Satu pilihan raya yang dirancang terganggu dan kemudian dibatalkan.

Satu pilihan raya baru dirancang untuk 20 Julai.

Seorang penasihat undang-undang bagi parti Yingluck iaitu parti Pheu Thai berkata, perintah itu adalah percubaan terbaru untuk memusnahkan demokrasi di negara ini.

[aljazeera / ABC news]

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.