Ahad, 18 Mei 2014

Non-Muslim terima Hudud kerana bukan Perkara Baru

Ikuti wawacara khas bersama Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao dalam mengupas lanjut penerimaan bukan Islam terhadap Hudud itu.  [Sinar Harian]


Antara isi yang dinyatakan oleh saudara Ramesh Rao di atas;

- Beliau menyokong Hudud dilaksanakan di Malaysia, atau seluruh dunia.  "Malaysia akan menjadi lebih aman. Tiada lagi tragedi jenayah berulang ......." kata beliau.

- Kalau penjenayah itu ditangkap, mereka akan dibela oleh peguam-peguam yang hebat dan handal.  Beliau pernah tanya kepada penjenayah, kenapa tidak serik lakukan jenayah berulang? Mereka menjawab, "Selagi kita ada peguam hebat, kita tak takut."  Bermakna penjenayah tidak takut untuk melakukan jenayah berulang-ulang kerana mereka ada peguambela yang membela mereka hingga mereka terlepas.

- Beliau mengatakan dalam Agama Hindu pun ada hukuman POTONG TANGAN bagi pencuri. Begitu juga hukuman bagi penzina dan sebagainya.

- Undang-undang yang sedia ada walaupun membantu juga sedikit sebanyak dalam menangani jenayah, tetapi TIDAK DAPAT menyelesaikan.

- "Undang-undang yang terbaik untuk mengembalikan KEAMANAN DUNIA ialah Hudud. Saya tak perlu takut dengan Hudud!  Apa nak takut dengan Hudud!" tegas beliau.

- Beliau ada membincang soal Hudud dengan sami-sami kuil, dan mereka pun kata mereka sokong Hudud dan Hudud memang bagus.

- "Kalau mereka tak terjebak dalam maksiat. Kalau mereka nakkan anak-anak mereka membesar dalam suatu suasana yang aman, demi untuk generasi muda, demi untuk generasi yang akan datang, saya rasa mereka akan sokong (Hudud)," akhiri Ramesh.

Nampaknya Non-Muslim lebih faham tentang Hudud dari Muslim sendiri, ih ih ih ih ih :)


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.