Selasa, 6 Mei 2014

Kaum Sufi beginilah yang merosakkan nama golongan Sufi

Amalan-amalan yang terdapat pada sesetengah kaum Sufi yang sebeginilah yang mencemarkan nama baik Sufi. Sedangkan asalnya, kaum Sufi pun ada di zaman Nabi S.a.w dan mereka juga adalah sahabat-sahabat Nabi S.a.w yang diketuai oleh Abu Hurairah r.a.

Kaum Sufi di Ahmedabad, India menyeksa tubuh

Amalan yang termasuk menyeksa tubuh ini adalah satu cara untuk meluangkan hari Isnin pertama pada bulan Mei. Kaum Sufi di Ahmedabad, India, hari ini bermula satu perarakan bagi memperingati Hazrat Pir Mehmood Shah Bukhari.

Saya tidak mahu meneruskan laporan dari Mail Online (dailymail.co.uk) kerana mereka mengaitkan amalan ini dengan ajaran Islam. Memang betul-betul antara agenda untuk memburukkan Islam sebagaimana biasa mereka laporkan. 


Kaum Sufi di Ahmedabad, India menyeksa tubuh

Kaum Sufi di Ahmedabad, India menyeksa tubuh

Kaum Sufi di Ahmedabad, India menyeksa tubuh


Kenapa saya kata Mail Online mahu burukkan Islam?  Kerana setiap kali ada perkara buruk atau jenayah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Muslim, mereka akan terus menyebut Muslim atau mengaitkannya dengan agama Islam.   Tetapi pernahkah mereka mengaitkan seorang Yahudi, Kristian atau agama lainnya dengan agama mereka? Tak pernah pula saya jumpa dalam laporan mereka.

Berbalik kepada amalan menyeksa tubuh seperti di atas, maka apa bezanya dengan Ritual Syiah, Hindu, Yahudi dan Kristian?


Semoga mereka mendapat hidayah dan semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara sebegini .......

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.