Jumaat, 30 Mei 2014

Kajian terbaru: Menonton terlalu banyak Porno mengecut otak lelaki dan jadikan mereka bodoh!

Penggunaan berat bahan lucah boleh membuat lelaki bodoh, rupa-rupanya.

Kajian baru menunjukkan bahawa otak lelaki mengecut akibat daripada menonton bahan dewasa (porno) terlalu banyak.

Penyelidik Jerman di Max Planck Institute for Human Development mendapati bahawa lelaki yang menonton banyak porno cenderung mempunyai striatum lebih kecil.

Striatum merupakan kawasan otak yang berkenaan dengan 'ganjaran dan motivasi', maka para penyelidik percaya menonton porno merosakkan otak mereka dan menjadikan mereka malas.

Terdapat perdebatan mengenai penemuan ini tentang yang mana terjadi dulu, otak yang lebih kecil atau penggunaan berat bahan lucah.

Satu kesimpulan ialah bahawa lelaki kurang pandai suka pornografi.

Tahun lepas, satu kajian oleh University of East London melaporkan bahawa 97% daripada kanak-kanak lelaki dan 80% daripada kanak-kanak perempuan yang berumur antara 16 dan 20 telah menonton porno.



p/s:  Kasihan, baru jumpa rupanya. Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w dan para Nabi a.s telah memberitahu lama tentang keburukannya.  Tetapi bagus lah, sekurang-kurangnya semoga ramai yang dapat buka-buka minda dengan kajian terbaru ini. Kajian barat sendiri dah pun.

Dalam tahun 2009 pun dah ada keputusan kajian seperti ini. Sila baca Kesan negatif menonton filem porno / lucah bagi otak kita


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.