Rabu, 21 Mei 2014

Hampir 60 negara sokong usul bawa Syria ke Mahkamah Antarabangsa

Syria ranap
Hampir 60 negara yang dipimpin oleh Switzerland menyokong cadangan Perancis untuk membawa Syria ke Mahkamah Antarabangsa (ICC). Mereka menyeru Mahkamah Antarabangsa untuk melakukan siasatan atas kejahatan kemanusiaan serta perang.

Duta Besar Switzerland di PBB, Paul Seger, mengeluarkan seruannya kepada Majlis Keselamatan untuk mengambil rancangan resolusi atas masalah ini. Meskipun begitu, sepertinya resolusi ini akan ditentang oleh China dan Russia.

Perancis selama ini berhujah bahawa ICC seharusnya menyiasat jenayah kemanusiaan di Syria. Menurut wartawan BBC, jika China dan Russia kembali mengeluarkan hak vetonya terhadap cadangan tersebut, maka hal itu merupakan kali keempat mereka menolak resolusi dari Barat.

Perancis pun mahukan pungutan suara PBB diadakan pada Khamis (22/5), namun sebelumnya Russia telah menyatakan akan menentang resolusi itu. Akibat dari perang di Syria ini, lebih dari 150 ribu orang telah terbunuh dan berjuta-juta lain terpaksa meninggalkan rumahnya.



p/s: Selagi di dalam PBB ada KUASA VETO, selagi itulah mereka boleh bermain tarik-tali di dalam sana. Kuasa Veto memang tipu-daya (makar) dari mereka kerana senang untuk berlakon. Sebagai contoh, mana-mana sekutu Bashar Assad pun boleh berlakon kononnya mahu mendakwa Assad, kerana dia sudah tahu, ada kuasa Veto yang boleh MENGHALANG, iaitu sekutu mereka sendiri juga.

Selagi kuasa Veto tidak dihapuskan, selagi itu mereka akan bermeraja-lela insya Allah .......


* Update 23 Mei 2014

Memang dah dijangka!  Stesen TV Al-Jazeera melaporkan Russia dan China menentang rancangan yang diajukan oleh Perancis untuk membawa kes perang Syria ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Kerajaan Moscow dan Peking menggunakan kuasa veto mereka dalam sidang Majlis Keselamatan PBB yang diadakan pada hari Khamis (22/5/2014).

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.