Isnin, 26 Mei 2014

Bacaan Al-Quran dialunkan dengan Muzik Orkestra! Astaghfirullah

Sebuah video yang menunjukkan orkestra Indonesia dimainkan bersama seorang penyanyi yang menyanyi ayat-ayat Al-Quran telah mencetuskan kutukan dan kemarahan di pelbagai rangkaian sosial, menolak persembahan yang seperti menghina Islam dan tidak menghormati al-Quran itu.

Dalam video itu, penyanyi yang tidak dikenali 'menyanyi' satu ayat daripada al-Quran, Surah Al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud; "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Al-Quran adalah Kalam Allah. Ia adalah kitab yang paling suci. Orang Islam mesti menghormati kitab ini dan memuliakannya.



Imam Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan; "Sasaran yang diminta menurut syara' tiada lain iaitu memperindah suara yang dapat mendorong untuk merenungkan dan memahami Al-Qur'an yang mulia dengan khusyu', tunduk, dan patuh penuh ketaatan. Adapun suara-suara dengan lagu yang diada-adakan yang terdiri atas nada dan irama yang melalaikan, serta aturan muzikal, maka Al-Qur’an adalah suci; dari hal ini dan tak layak jika dalam membacanya diperlakukan demikian." [Fadhaa'ilul Qur'an, oleh Ibnu Katsir, hlm. 125-126]

Membaca Al-Quran adalah salah satu ibadah khusus dalam Islam. Membacanya disertai dengan alunan alat muzik adalah satu amalan yang diada-adakan, wal 'iyaadzu billah.  Semoga mereka-mereka yang terlibat bertaubat dan menyesali di atas apa yang telah diperbuat. Ya Allah, berilah petunjuk dan ampunilah mereka, mungkin mereka tidak mengetahui.

"Akan muncul dikalangan ummatku nanti beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr (arak), dan alat-alat muzik." [HR Bukhari, dari Abu Amir al-Asy'ari]

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.