Sabtu, 26 April 2014

Selepas 40 tahun masih ada lagi kesan bahan kimia tentera AS ke atas bayi di Vietnam

Satu siri baru gambar menyayat hati telah mendedahkan walaupun bayi yang lahir setelah 40 tahun ke atas, mengalami kesan ngeri Agen Oren (Agent Orange) di Vietnam. 


Francis Wade telah menangkap imej-imej menyedihkan di rumah anak yatim Thi Nghe dan Thien Phuoc di Saigon, iaitu rumah kepada kanak-kanak yang lahir sedekad selepas perang. 

Namun di sebalik konflik yang berakhir pada tahun 1971, rumah anak-anak yatim ini menjaga kanak-kanak yang menderita kurang upaya dipercayai disebabkan oleh bahan kimia yang digunakan oleh tentera AS, yang disembur pada tanaman, tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok.

Kebanyakan kanak-kanak berakhir di dalam penjagaan rumah anak yatim kerana keluarga mereka tidak mampu memikul beban kanak-kanak kurang upaya dan mereka terbiar di sana.







Encik Wade, wartawan bebas yang kini menetap di Bangkok, menjelaskan; "Subteks yang paling sedih untuk ini semua, dan sebab mengapa saya melawat rumah anak yatim, adalah kerana banyak keluarga di Vietnam, terutamanya di kawasan luar bandar yang disembur dengan Agen Oren adalah terlalu miskin untuk memikul beban kanak-kanak kurang upaya, dan seterusnya meninggalkan mereka di rumah anak yatim.

Bahan kimia telah dikeluarkan untuk Jabatan Pertahanan AS oleh Monsanto Corporation dan Dow Chemical.

Ia mendapat namanya daripada warna tong 55 gelen oren-berjalur di mana ia telah dihantar ke Asia.

Antara penyakit yang menimpa ke atas orang-orang yang terdedah kepada dioksin adalah antaranya limfoma bukan-Hodgkin, beberapa jenis kanser, kencing manis jenis 2, tisu lembut sarcoma, kecacatan kelahiran pada kanak-kanak, spina bifida dan keabnormalan pembiakan.

 Pesawat AS menyembur Agen Oren di kawasan hutan yang luas di Vietnam semasa perang



[Mail Online]


p/s:  Allah S.w.t akan membalas perbuatan mereka-mereka yang zalim dan tidak berperi-kemanusiaan semata-mata kerana mahu menguasai DUNIA yang sementara ini.

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."  [Surah ar-Rum : ayat 41]

Selain dari perbuatan-perbuatan maksiat, angkara-angkara yang merosakkan bumi dan makhluk-makhluk yang menghuninya juga dilakukan oleh manusia, termasuklah seperti kes dalam laporan di atas. 

Semoga mereka-mereka yang teraniaya akan mendapat yang terbaik dari Allah S.w.t, mendapat hidayah, rahmat dan barokah, amin.

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.