Ahad, 15 Disember 2013

Kisah Syeikh Abu Al-Abbas dan doa Nabi Khidhir


Syeikh Abu Al-Abbas rahimahullah berkata; "Suatu malam aku bermimpi seakan berada di langit dunia.  Tiba-tiba seorang berkulit coklat, bertubuh pendek, berjanggut lebat mengatakan; "Bacalah


"Ya Allah, ampuni umat Muhammad. Ya Allah, kasihi umat Muhammad. Ya Allah, tutupi kesalahan umat Muhammad. Ya Allah, bantulah umat Muhammad."

Ini adalah doa Nabi Khidhir. Siapa yang membacanya setiap hari, dia akan dicatat sebagai salah seorang 'Abdal'.

Esok paginya aku mendatangi Syeikh Abu Al-Hassan r.a. Aku duduk di hadapannya tanpa berkata-kata. Tiba-tiba dia membaca;


Lalu dia mengatakan, "Ini adalah doa Nabi Khidhir. Siapa yang membacanya setiap hari akan dicatat sebagai salah seorang 'Abdal'.

[Petikan dari kitab Latho-if Al-Minan - Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandary]


- Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi ialah guru kepada Syeikh Ibnu Athoillah (pengarang kitab Al-Hikam).  Manakala Syeikh Abu Al-Hassan As-Syadzli pula ialah guru kepada Syeikh Abu Al-Abbas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.