Selasa, 10 Disember 2013

Budak umur 9 tahun jadi imam di Masjid Jordan

Anas Al-Shatti
Ratusan jamaah solat Jumaat di sebuah masjid di Jordan menjadi takjub terhadap seorang budak lelaki berumur sembilan tahun sebagai imam baru yang menyampaikan khutbah.

Anas Al-Shatti, pertama kalinya mengisi khutbah Jumaat setelah dia menghabiskan beberapa tahun untuk menghafal seluruh ayat suci Al-Qur'an. Anas telah mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa Islam Kerajaan Jordan untuk berceramah, lapor Emirates 24/7 pada Isnin (9/12/2013).

Akhbar-akhbar Arab mengatakan bahawa Anas tampil percaya diri di mimbar Masjid Ibrahimi yang terletak di ibu negara Amman meski untuk pertama kalinya. Dalam kesempatan itu, khutbah Anas menyoroti tentang wajibnya anak untuk berbakti kepada ibu bapa.

Imam muda ini bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala atas kurnia-Nya sehingga dia boleh menghafal Al-Qur'an.

"Allah menganugerahi saya hadiah menghafal kitab suci Al-Qur'an," ujar Anas kepada akhbar berbahasa Arab Al Dostor edisi minggu ini, seperti yang dilaporkan oleh Onislam.

"Ini adalah hadiah dan sebuah tanggung jawab. Saya berdoa kepada Allah untuk menolong saya menjaganya," tambahnya.

Anas, bagaimanapun sepertimana kanak-kanak lain pada umumnya, walaupun dia sibuk menghafal Al-Qur'an dan membaca buku-buku tentang Syari'ah, dia juga bermain dengan teman-teman sebayanya di persekitarannya. Anas mengatakan bahawa dia tahu dengan baik bagaimana dia mengatur waktunya.

[Arrahmah / OnIslam]


MasyaAllah Tabaarokallah .......

p/s: Dalam Youtube ada video seorang budak lelaki berusia 5 tahun menjadi Imam di Tanzania. Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.