Ahad, 3 November 2013

Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma wa Sifat - Dr Mohd Radzi Othman

Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah - Prof. Madya Dr. Mohd Radzi Othman

- Firaun yang mengaku sebagai tuhan di zaman Nabi Musa a.s ialah seorang yang BERTUBUH KECIL dan kakinya sedikit cacat sahaja, tetapi SOMBONG dan TAKABBURnya melampau-lampau.

Dr Radzi Othman
- Kita semua berasal dari Syurga, kerana Adam dan Hawa diciptakan di Syurga. Dan kita disuruh BERAMAL dan BERUSAHA dengan bersungguh-sungguh sambil mengharapkan RAHMAT Allah S.w.t untuk kembali semula ke syurga.

- Antara cara untuk BERDAKWAH kepada orang-orang non-Muslim, bercakap lah dengan mereka tentang FITRAH KEJADIAN terlebih dahulu, kerana Agama Islam adalah agama yang paling dekat dengan FITRAH.

- Kalimah Tauhid untuk masuk Islam ialah La ilaaha illa Allah. Kalau disebut Laa rabba illa Allah, masih tidak dikira syahadah untuk menjadi Muslim. Maka di situ lah nampak bezanyanya Rububiyyah dan Uluhiyyah.

Ilaah bermakna Tuhan yang LAYAK DISEMBAH, sedangkan Rabb itu mempunyai banyak makna, antaranya ialah Tuhan, Tuan, Pencipta, Pendidik, Pengasuh dan beberapa lagi.

Tauhid Rububiyyah ialah beri'tiqad bahawa Allah S.w.t itu bersifat Esa, Pentadbir alam, Pencipta sekelian makhluk.

Tauhid Uluhiyyah ialah beri'tiqad bahawa hanya Allah S.w.t Tuhan yang LAYAK disembah.

-

Tauhid Asma' wa Sifat - Prof. Madya Dr. Mohd Radzi Othman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.