Khamis, 7 November 2013

Spesis misteri ikan perisai ditemui di luar Borneo

Seekor ikan misteri dengan pancang seperti gading berhampiran mulut dan duri sepanjang badannya, telah ditangkap di luar pantai Borneo.

Spesis misteri ikan perisai ditemui di luar Borneo

Penemuan itu telah membingungkan nelayan di kawasan itu dan pihak berkuasa juga tidak dapat mengenal pasti spesis tersebut.

Penduduk tempatan telah menamakannya Ikan Perisai buat sementara waktu, berdasarkan duri tajam di bahagian atas dan bawah badan, yang secara progresif lebih kecil ke arah ekor.

Spesis misteri ikan perisai ditemui di luar Borneo

Pemancing Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya, menangkap ikan itu di Laut China Selatan berhampiran Tudan, Sarawak, Malaysia.

Katanya kepada Borneo Post: "Ini adalah kali pertama dalam hidup saya melihat ikan jenis ini. Saya membawanya pulang kepada isteri saya dan memaklumkan kepada beliau tentang tangkapan yang jarang berlaku itu."

[Mail Online / Borneo Post / Barcroft Media]


MasyaAllah TabaarokAllah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.