Khamis, 7 November 2013

Sisi lebih layak dipenjara berbanding Mursi - Ahli politik Jerman

Seorang ahli parlimen Jerman sekaligus politikus terkemuka dari parti yang kini berkuasa di pemerintahan, Jurgen Todenhofer, menyerang Jeneral tentera Abdel Fatah Sisi sebagai orang yang lebih layak di penjara dan berada dalam ruang pengadilan di bandingkan presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi.

Jurgen melihat bahawa kejahatan Jeneral Sisi pasca rampasan kuasa tentera 3 Julai lalu telah mengorbankan lebih daripada 2,000 orang warga awam tidak berdosa, tanpa adanya justifikasi undang-undang ataupun undang-undang yang ada.

"Tuduhan pembunuhan kepada Mursi tidaklah boleh dipercayai, kerana dalam situasi apapun Presiden berkuasa akan selalu menuntut pengikutya untuk melakukan protes damai," ungkapnya.

Menurutnya kemenangan Jeneral Sisi terhadap Revolusi 2011, merupakan kemenangan para elit tentera yang kontra terhadap Revolusi 2011 dan selalu setia menyokong pemerintahan diktator Husni Mubarak di era kekuasaannya. 

[rassd / lndk / Era Muslim]


p/s: Ahli politik Jerman pun tahu menilai mana yang baik mana yang buruk.  Kalau ada Muslim yang masih lagi berpihak kepada Jeneral Sisi dan memperlekehkan Dr Mursi, ntah lah labu .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.