Selasa, 12 November 2013

Penyelidik UTM hasilkan bahan api daripada campuran tanah liat

tanah liat<-- Gambar hiasan

Pusat Penyelidikan Teknologi Membrane (AMTEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan satu teknologi baharu bahan api yang mesra alam khusus untuk kenderaan yang dikenali Membran Campuran Polimer Tanah Liat.

Penyelidiknya, Juhana Jaafar berkata, inovasi ciptaannya yang mula dilakukan sejak tahun 2003 itu bukan sahaja membantu menjaga alam sekitar malah dapat menggantikan penggunaan bahan api fosil yang semakin berkurangan hingga menyebabkan kenaikan harga minyak global.

Sehubungan itu, ujar Juhana, tenaga boleh diperbaharui dan bersih diperlukan dan sel bahan api (fuel cell) adalah salah satu tenaga boleh diperharui yang memenuhi keperluan tersebut.

Dalam penyelidikan Membran Campuran Polimer Tanah Liat, jelas beliau, pihaknya telah mengguna pakai cecair metanol sebagai bahan api untuk menjana kuasa elektrik.

“Cecair tersebut (metanol) berkenaan pada kepekatan serendah 1 Molar adalah murah dan mudah diperolehi daripada produk sampingan dalam industri petrokimia.

“Dalam usaha untuk memastikan pemisahan 100 peratus daripada bahan api metanol kepada elektrik, membran berasaskan tanah liat telah kami cipta,” katanya pada sidang akhbar di AMTEC di sini hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.