Khamis, 7 November 2013

KFC tutup kedainya di Syria

KFC tutup kedainya di Syria
Restoran makanan segera yang berasal dari AS, Kentucky Fried Chicken (KFC) menutup cawangannya di Syria kerana masalah ekonomi dan bekalan bahan. Cawangan KFC di Abu Rummaneh di Damsyik merupakan restoran terakhir dari tujuh cawangan di Syria yang ditutup.

"Ditutup. Sila tinggalkan nombor telefon jika berminat untuk membeli syarikat," ujar tanda yang diletakkan di kaca jendela restoran.

Laporan Al-Arabiya, Rabu (6/11) menyatakan KFC merupakan restoran segera pertama yang dibuka di Syria pada 2006. Restoran itu dibuka oleh peniaga asal Kuwait, Nasser khurafi. Restoran tetap buka meskipun ada sekatan terhadap Syria dari AS sebagai respons pemberontakan yang bermula pada Mac 2011.

Menurut peniaga tempatan, perniagaan menghadapi banyak masalah termasuk kekurangan bekalan. Perang di Syria memukul sektor pertanian yang membuatkan produk sukar di dapati di pasaran. Keganasan juga menaikkan kemiskinan di Syria sehinggakan KFC hanya boleh dicapai orang kaya.

[Republika Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.