Sabtu, 16 November 2013

Janganlah pendakwah berlebihan Bicara Politik, tapi lupa nasihati Umat

Syeikh Aidh Al Qarni
Kesibukan seorang da'i (pendakwah) di lapangan politik boleh menjadi kemaslahatan bila memang itu boleh memberi pengaruh yang baik dan menjadikannya lebih didengari. Seorang pendakwah yang tidak mempunyai pengaruh dan pengikut, juga boleh memunculkan fitnah jika dia memasuki ke lapangan politik, maka lebih baik dia tetap di lingkup aktivitinya sebagai da'i.

Tapi memang umumnya, saya melihat sejumlah da'i zaman sekarang harusnya terlibat dalam lapangan politik, birokrasi, pemerintahan. Ini kerana Islam adalah agama dan negara. Masalahnya sekarang pembicaraan sejumlah da'i, siang dan malamnya didominasi tentang politik, kerajaan, parlimen. 

Para da'i lupa dengan shahih Bukhari dan Muslim, lupa dengan qiyamul lail, lupa dengan usaha memperbaiki keadaan umat, lupa memberi nasihat kepada para pemuda dan membetulkan akhlak mereka. Itu terjadi kerana sebahagian pendakwah yang berlebihan dalam berbicara tentang politik lalu melupakan permasalahan umat yang kini dalam kedudukan terancam. - Syeikh Aidh Al Qarni



p/s: Perlu kita muhasabah diri dan fikir-fikirkan bersama.  Politik-politik juga, tetapi JANGAN LUPA akhlak diri sendiri dan menasihati umat agar menjaga akhlak. Jangan lupa menasihati umat agar berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan sebagainya.

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." [Hadits Riwayat Bukhari dalam shahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim]

"Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." [Surah Al-Qalam: 4]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.