Ahad, 10 November 2013

Ikhwanul Muslimin Syria sedia lancarkan parti politik bernama Waad

Ikhwanul Muslimin Syria sedia lancarkan parti politik bernama Waad
Ikhwanul Muslimin di Syria dijangka akan mengumumkan penubuhan parti politik mereka di Istanbul beberapa hari mendatang.

Menurut laporan di surat kabar Sharq ul-Aswad, Ikhwanul Muslimin Syria akan menggunakan nama Waad sebagai nama parti mereka. Waad, singkatan untuk Keadilan Nasional dan Perlembagaan Parti.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Syria, Ali Sadruddin Al-Bayanuni, berkata bahawa Dr Muhammad Walid akan menjadi ketua parti. Mereka juga mengatakan bahawa seorang Kristian akan dipilih sebagai pembantu, mengikuti contoh dari Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Parti ini akan mematuhi peraturan parlimen. Al-Bayanuni juga menyatakan bahawa parti akan terbuka untuk memberikan kebebasan dan demokrasi bagi seluruh rakyat Syria. 

[hf / islampos / worldbulletin]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.