Rabu, 20 November 2013

Burak, mantan Pemain Bola Jerman menjadi Mujahid dan Syahid di Syria

Mantan pemain bola sepak profesional Jerman Burak Karan, yang menjadi mujahid di Syria, dilaporkan syahid (Insya Allah) berhampiran bandar utara Asas bulan lalu. Demikian dilaporkan oleh akhbar Der Spiegel Selasa semalam (19/11/2013).

Burak, 26, meninggal dunia pada awal Oktober dalam sebuah serangan udara, akhbar itu melaporkan, mengutip dari tabloid Jerman Bild.

Saudara Burak sendiri yang bernama Mustafa memberitahu Bild menyatakan bahawa dirinya telah melakukan perjalanan ke kawasan sempadan antara Turki dan Syria tujuh bulan lalu bersama isteri dan dua anaknya untuk membantu mengedarkan bantuan kemanusiaan.

Mustafa menafikan bahawa saudaranya berjuang bersama mujahid yang ada di Syria, namun video yang disiarkan di YouTube oleh kumpulan Islam yang tidak dikenali pada tarikh 22 Oktober lalu memperlihatkan Burak bergambar dengan membawa senapang.

Burak menghentikan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional ketika dia berusia 20 tahun. Dia mula bermain untuk pasukan junior kebangsaan Jerman, kemudian mewakili pasukan kebangsaan. 

[Fq / islampos / Alarabiya]


Allahu Akbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.