Isnin, 25 November 2013

Bersatulah Negara Islam lindungi Al-Aqsha! - Syeikh Al-Qaradhawi

Dr Yusof Al-Qaradhawi
Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyeru dalam khutbah Jumaatnya agar rakyat Palestin bersatu, sebelum penjajah 'Israel' menghancurkan Masjid Al-Aqsa.

Syeikh Al-Qaradhawi memberi amaran, 'Israel' berupaya memecah Masjid Al-Aqsa seperti strategi kemusnahan terhadap Masjid Ibrahimi di Hebron atau Masjid Al-Khalil. Beliau juga mengutuk penggalian dan penyerangan ke Masjid Al-Aqsa yang terus menerus dilakukan oleh 'Israel'.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga mengkritik para pemimpin negara Arab yang sibuk menekan dan mengkasari rakyat mereka. Menurutnya, kerana kesibukannya, pemimpin-pemimpin Arab lupa dan membiarkan 'Israel' melakukan apa pun yang mereka mahu di sempadan negara mereka. Beliau bahkan menyebut para pemimpin Arab yang sedang mengkasari rakyatnya masing-masing sebagai "Para Pencuri Revolusi" dan menyuruh mereka berhenti melakukan penindasan.

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada seluruh negara Islam dan para ulama untuk mengadakan acara pada setiap hari Jumaat bagi menyokong Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds. "Kerahkan segala daya upaya untuk melindungi Masjid Al-Aqsa dan kota itu dari penjajahan 'Israel'," tegas beliau dalam khutbah Jumaat tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.