Selasa, 15 Oktober 2013

Peladang mengusahakan Bunga Kobis pelbagai warna

Sebelum ini kita sudah baca tentang Jagung warna-warni. Kali ini giliran Bunga Kobis pula buat pertunjukan dengan kepelbagaian warnanya.

Peladang mengusahakan Bunga Kobis pelbagai warna

Seorang peladang telah mencipta pelbagai bunga kobis ungu, hijau dan oren dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang makan sayur-sayuran, lapor Mail Online.

Bunga kobis pelangi (rainbow caulis) adalah sebahagian daripada rancangan Andrew Burgess untuk memperbaiki diet masyarakat di seluruh negaranya dengan membuat sayur-sayuran nampak lebih menyelerakan.

Peladang mengusahakan Bunga Kobis pelbagai warna

Lelaki berusia 48 tahun itu telah memperuntukkan sebidang kecil tanah di Peterborough, England untuk menanam sayur-sayuran eksperimen beliau - yang beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk memajukan.

Ciptaan yang pelik dan menarik itu, yang semuanya organik, dibuat dengan kaedah kacukan jenis kuno. Semua hibrid telah didebungakan-dengan-tangan oleh Encik Burgess, yang ladangnya seluas 15,000 ekar.

[Mail Online]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.