Isnin, 28 Oktober 2013

Palestine rugi 230 juta dolar sebulan

Palestine rugi 230 juta dolar sebulan
Penutupan terowong yang menghubungkan Gaza dan Mesir, dilaporkan telah menyebabkan kerugian 230 juta dolar sebulan. Kenyataan ini disampaikan langsung oleh seorang pegawai Hamas pada hari Ahad (27/10/2013).

"Penutupan terowong telah menyebabkan kerugian besar untuk industri, perdagangan, pertanian, pengangkutan dan sektor pembinaan. Dianggarkan kerugian ekonomi yang dialami Palestine mencapai 230 juta dolar per bulan," kata Hatem Oweida, Timbalan Menteri Ekonomi Hamas.

Worldbulletin mengutip sebuah laporan PBB pada Isnin (28/10/2013), kira-kira 80 peratus daripada semua kegiatan pengangkutan terowong telah terhenti. Semua ini sebagai akibat dari dasar baru tentera Mesir untuk menutup semua terowong menuju Gaza pasca jatuhnya Presiden Mursi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.