Ahad, 27 Oktober 2013

Muslim Dallas beri makan penduduk yang memerlukan

Menghantar cahaya harapan bagi mereka yang tiada tempat tinggal, sebuah masjid terkemuka di tenggara Dallas, AS, telah memberikan khidmat kepada masyarakat yang hidup susah bagi beberapa bulan kebelakangan ini, menyampaikan lebih daripada 15,000 makanan percuma kepada orang Islam dan bukan Islam, lapor Onislam.net.

"Ia lahir daripada keperluan kerana kawasan kami dilanda kemiskinan, terdapat tempat homeless (fakir miskin yang tidak berumah) di kawasan itu, ada orang tidur di bawah jambatan, dan sebagainya," Muhammad Abdul-Jami, bendahari Masjid al Islam dan penyelaras acara Day of Dignity (Hari Maruah), memberitahu Christian Science Monitor.

Terletak di kawasan di mana homeless kerap dilihat, masjid itu telah menganjurkan acara mingguan untuk memberi makan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Gabungan Anti-Kemiskinan Greater Dallas, statistik menunjukkan bahawa 23 peratus daripada penduduk yang tinggal di Dallas County mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan persekutuan.

Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada 17 peratus yang dicatatkan di seluruh wilayah Texas dan 14.3 peratus di seluruh negara.

Menyedari keperluan yang semakin meningkat di kawasan itu, acara ini dianjurkan bersempena dengan amal kebangsaan Islamic Relief USA.

Menuduh kerajaan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, gereja-gereja kerap memberi makan kepada homeless pada hari Ahad selepas pelayanan.

Masjid al Islam juga dilihat membantu dengan cara ini sebagai tanggungjawabnya.

"Day of Dignity" telah diperkenalkan di seluruh negara itu sepuluh tahun yang lalu, yang bertujuan untuk memberi khidmat kepada rakyat Amerika yang tiada tempat tinggal dan lemah, sama ada Islam atau tidak.

Setiap tahun, usaha seluruh negara bertujuan untuk memberi khidmat kepada lebih daripada 20,000 homeless dan orang yang memerlukan di 15 buah bandar di seluruh Amerika Syarikat.

Orang ramai menerima pemeriksaan kesihatan, makanan percuma, dan pelbagai barangan bergantung kepada bandar tertentu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.