Ahad, 27 Oktober 2013

Mujahidin Jabhah An-Nushrah bantah dakwaan TV Assad tentang kematian pemimpinnya

Mujahidin Jabhah An-Nushrah
Mujahidin Jabhah An-Nushrah menafikan laporan televisyen rejim Bashar Assad yang mendakwa bahawa amir Jabhah Nuhsrah telah dibunuh.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (26/10/2013), Mujahidin Jabhah Nushrah menegaskan bahawa laporan mengenai kematian amir mereka adalah sebuah pembohongan dan menyatakan bahawa amir mereka dalam keadaan sihat.

"Apa yang didakwa oleh satu channel saja, berkaitan apa yang didakwa sebagai pembunuhan amir Jabhah An-Nushrah, adalah satu pembohongan," kata salah satu kelompok Jihad terkuat dan paling berpengaruh di Syria itu, menurut Makluman AFP dan Zaman Alwsl.

Pejabat berita SANA, pro-rejim, melaporkan pada Jumaat (25/10) bahawa Syaikh Abu Muhammad Al-Jawlani telah tewas terbunuh di wilayah Lattakia.

Kemudian pejabat berita SANA tergesa-gesa membatalkan laporannya itu setelah para aktivis mengetahui bahawa Syaikh Al-Jawlani masih hidup.

Observatorium Syria bagi Hak Asasi Manusia, yang memantau keadaan di Syria, mengesahkan bahawa para tokoh Jabhah Nushrah telah dihubungi oleh para aktivis di wilayah Lattakia dan di bahagian timur Deir Ez-Zour, mereka membantah bahawa amir mereka telah gugur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.