Ahad, 13 Oktober 2013

Kemenangan Sisi di Mesir adalah kemenangan Israel - Ketua Badan Perisikan Israel

Jeneral Amos Gilad
Seorang pegawai tinggi perisikan Israel sekaligus ketua hubungan kerjasama keselamatan Israel-Mesir, Jeneral Amos Gilad, berkata dalam pertemuan tertutup di Institut Washington Untuk Pusat Pengajian Keselamatan dan Politik bahawa Ikhwanul Muslimin merupakan ancaman terbesar bagi entiti Zionis Israel.

Dalam pertemuan tersebut Gilad mengatakan, "mereka (Ikhwan) mempunyai tujuan untuk menguasai wilayah Timur Tengah, dan jika mereka (ikhwan) benar-benar menguasai Mesir, ini akan menjadi ancaman terbesar Israel dan sekutu-sekutunya di wilayah Timur Tengah, lebih-lebih lagi Ikhwan dan Hamas merupakan saudara kandung. "

Gilad menambah "sejak penggulingan Mursi semua negara di rantau ini seperti Arab Saudi, Jordan merasa puas atas jatuhnya Ikhwanul Muslimin di Mesir, termasuk Israel kini merasa lebih baik, lebih-lebih lagi Hamas telah terpencil kembali hasil peranan tentera Mesir."

Gilad menilai bahawa selepas kejatuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir, ada fenomena positif yang muncul, negara-negara Arab yang bersekutu dengan Amerika Syarikat, seperti Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, Jordan, dan negara-negara yang lebih memilih untuk menyokong Amerika Syarikat, sehingga dapat lebih mempertahankan kepentingan Israel dan kestabilan keselamatan di Timur Tengah. 

[Era Muslim / rassd / Zhd]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.