Khamis, 24 Oktober 2013

Demonstrasi contoh pelaksanaan Hukum Hudud di Brunei

Kerajaan Brunei Darussalam telah mengumumkan akan melaksanakan undang-undang Hudud atau jenayah Syari'ah Islam mulai tahun depan. Hal ini telah diumumkan oleh pemimpin negara tersebut , Sultan Hassanal Bolkiah, pada Selasa ( 22/10/2013 ) .

Demonstrasi contoh pelaksanaan hukum hudud di Brunei

Dalam sebuah acara yang rasmi diadakan untuk mengumumkan rancangan penerapan undang-undang jenayah Syari'ah ini, Sultan Bolkiah menegaskan bahawa pihaknya tidak meminta pendapat atau izin dari pihak manapun untuk melaksanakan undang-undang ini melainkan semata -mata kerana perintah dari Allah ( Subhanahu wa Ta'ala) .

"Al-hamdulillah , dalam sejarahnya Brunei Darussalam selaku bumi bertuah ini (bumi yang diberkati ) tidaklah pernah meminta kebenaran daripada sesiapapun untuk memilih Islam sebagai agama rasmi negara. Demikian juga, kita tidak meminta dari mana-mana pihak untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syari'ah, demi kerana ia adalah semata-mata hidayah (petunjuk) khusus daripada Allah kepada kita. Sesungguhnya hidayah  itu adalah mutlak menjadi hak Allah, " tegas Sultan Bolkiah, seperti dilaporkan oleh The Brunei Times.

Dalam kesempatan itu, Brunei juga mendemonstrasikan contoh pelaksanaan hukum hudud yang rencananya mulai diterapkan pada April tahun depan.

Pelaksanaan undang-undang Hudud ini, akan dilaksanakan dengan sangat hati-hati, teliti dan adil, tentunya berdasarkan ketentuan yang ada pada Al-Qur'an dan Sunnah.

Selain itu, orang awam juga diberi penjelasan perihal keadilan dan manfaat dari undang-undang jenayah Syari'ah ini sehingga tidak menimbulkan salah faham.


Demonstrasi contoh pelaksanaan hukum hudud di Brunei

Demonstrasi contoh pelaksanaan hukum hudud di Brunei
 Alat bedal yang diperbuat dari rotan

Demonstrasi contoh pelaksanaan hukum hudud di Brunei





[arrahmah.com , The Brunei Times]


SubhanAllah TabaarakAllah Ya 'Aliimul Hakiim .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.