Isnin, 2 September 2013

Warga asing turut terlibat dengan kongsi gelap

Ops 6P Bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah penempatan buruh asing di Relau dekat sini berjaya membongkar ke giatan kongsi gelap didalangi warga asing yang dipercayai aktif dalam kegiatan jenayah.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, pihaknya melakukan serbuan ke kawasan itu pukul 12.30 malam semalam setelah melakukan intipan sejak seminggu lalu.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam beberapa bilik pekerja di situ menemui beberapa lambang kongsi gelap yang disenaraikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) antaranya Geng 08 dan Geng 04.

“Serbuan ini menunjukkan kegiatan kongsi gelap turut berleluasa di kalangan pekerja asing. Selain itu, terdapat juga beberapa lambang-lambang lain yang kemungkinan ada kaitan dengan gangsterisme.

“Pihak kita telah merujuk perkara ini kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut bagi mengesan warga asing yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dilokasi serbuan.

[Kosmo]


p/s:  Import lah lagi warga asing ramai-ramai , jadikan warga tempatan penganggur dan pengemis di bumi sendiri.

Takkan baru sedar kut ada warga asing yang turut menjadi kongsi gelap?  :P


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.