Selasa, 17 September 2013

Turki tembak jatuh helikopter tempur Syria

Turki tembak jatuh helikopter tempur Syria
Kerajaan Turki mengumumkan pada hari Isnin bahawa angkatan udara menembak jatuh sebuah pesawat milik rejim Bashar al-Assad melanggar wilayah udara Turki.

Sebuah pesawat pejuang milik angkatan bersenjata Syria yang menerobos ruang udara Turki, berjaya ditembak jatuh oleh angkatan udara Turki.

Dalam sidang akhbar pada hari Isnin semalam, Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc, menyatakan bahawa pesawat pejuang Turki telah menembak jatuh sebuah helikopter Syria selepas melanggar batas wilayah udara Turki.

Pesawat jet pejuang Turkis F-16, berjaya menembak jatuh Helikopter Syria berjenis MI 17, yang dilaporkan telah menembusi wilayah udara Turki sejauh 2 kilometer.

Sementara itu, Ahmet Davutoglu, menteri luar negeri Turki menegaskan bahawa "Turki akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk tindakan pencegahan, agar tidak ada lagi yang berani melanggar wilayah sempadan Turki."

[Era Muslim]


Allahu akbar!

Sementara itu, PBB mengesahkan gas sarin digunakan dalam serangan Ogos lalu di Syria.

Penyiasat PBB menemui "bukti yang jelas dan meyakinkan'' bahawa senjata kimia telah digunakan pada skala yang agak besar dalam serangan bulan lalu di Syria yang membunuh beratus-ratus orang.

Seperti yang dijangka, laporan itu, yang dikeluarkan pada hari Isnin, tidak berkata siapa yang melancarkan serangan di kawasan yang dipegang oleh pemberontak di pinggir bandar Damsyik itu.

White House berkata pada hari Isnin, laporan tersebut menyokong hujah AS bahawa kerajaan Syria bertanggungjawab untuk serangan kimia itu.  [AlJazeera]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.