Jumaat, 20 September 2013

Rusia mengharamkan Al-Qur'an terjemahan

Rusia mengharamkan Al-Qur'an terjemahan
Al-Qur'an terjemahan berbahasa Rusia ketika ini secara rasmi diharamkan oleh KGB (Jawatankuasa Keselamatan Negara) Rusia, lapor Kavkaz Center.

Menurut media Rusia, pada Rabu (18/9/2013), sebuah mahkamah daerah di Imarah Tsemez ("Novorossiysk") yang diduduki Rusia telah melarang pembacaan "terjemahan semantik Al-Qur'an dalam bahasa Rusia" (yang diterjemahkan dari bahasa Arab oleh ER Guliyev. edisi pertama. King Fahd Complex untuk Percetakan Kitab Suci AL-Qur'an, Medina, Munawwara, Saudi Arabia, 2002).

Mahkamah KGB mendakwa Al-Qur'an sebagai "penulisan ekstremis" di bawah Pedoman Jenayah Rusia pasal # 282. "Al-Qur'an menyeru tindakan permusuhan dan kekerasan dari sekumpulan orang terhadap sekelompok yang lain berdasarkan agama, dalam hal ini, Muslim terhadap non-Muslim," tuntutan mahkamah KGB dalam keputusannya.

Menurut undang-undang persekutuan Rusia, pembacaan terjemahan Al-Quran kini dilarang di seluruh Rusia. Bukan hanya itu, bahkan memiliki Al-Qur'an di rumah, kini didakwa sebagai perbuatan jenayah di sana.

Tindakan diskriminasi terhadap Islam seperti ini belum pernah berlaku sebelum ini dalam perang musuh-musuh Islam terhadap Islam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.