Jumaat, 27 September 2013

Dadah makan daging dari Rusia muncul pula di Amerika Syarikat

Dadah Krokodil dari Rusia muncul pula di Amerika Syarikat
Pengganti heroin murah yang telah merosakkan kehidupan tidak terkira ramainya di Rusia kini telah muncul di Amerika Syarikat. Bukan sahaja dadah ini memberikan ketagihan tinggi dan berbahaya, tetapi ia juga menyebabkan banyak daging pengguna reput di luar badan mereka.

Nama jalanan untuk dadah ini adalah 'Krokodil', nampaknya kerana ia menyebabkan kulit pengguna  menyerupai kulit buaya.

Krokodil adalah 'Desomorphine', iaitu dadah candu yang dicampurkan dengan petrol dan lain-lain produk rumah toksik. Dadah ini adalah 3 kali lebih murah daripada heroin tetapi hampir 10 kali lebih kuat.

"Kami telah mempunyai dua kes ini minggu lalu yang telah berlaku di Arizona," kata Dr Frank LoVecchio, pengarah bersama perubatan di Banner’s Poison Control Center.

"Setakat yang saya tahu, ini adalah kes pertama di Amerika Syarikat yang dilaporkan. Jadi, kami amat takut," katanya lagi.


[Intellihub , Fox5 News]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.