Jumaat, 30 Ogos 2013

Zoo dimana manusia yang berada dalam sangkar

Singa-singa di Orana Wildlife Park, Christchurch, New Zealand, boleh melihat manusia-manusia yang diletakkan di dalam sangkar. Mereka tak perlu membeli tiket. Yang mesti beli tiket ialah manusia-manusia itu sendiri.


Sangkar yang boleh dimuatkan sehingga 20 orang itu akan diangkut sekali sehari pada jam 2:30 petang dan tiket akan dijual kepada siapa datang dulu dia dapat kepada 20 pembeli pertama. Harganya adalah NZ $30 (kira-kira AS $23) dan tiket boleh pra-bayar dan ditempah terlebih dahulu.




Sebenarnya di samping penonton-penonton di dalam sangkar dapat merasai pengalaman melihat singa-singa itu berada di habitat mereka sendiri secara live, ia juga adalah sesi memberi makan oleh penjaga-penjaga zoo kepada singa-singa tersebut.

Gila-gila sungguh orang putih ni ya. Jangan sampai sangkar itu dapat di geledah oleh singa-singa itu sudah. Kalau tidak, majlis jamuan besar dan bertukar selera lah singa-singa tu nanti .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.