Selasa, 20 Ogos 2013

Wanita-wanita Sweden pakai tudung selepas serangan ke atas wanita Muslim

Wanita-wanita Sweden telah menyiarkan gambar-gambar diri mereka memakai tudung Islam tradisional sebagai solidariti dengan seorang wanita yang diserang kerana memakai jilbab.

Wanita-wanita Sweden pakai tudung selepas serangan ke atas wanita Muslim
Gambar kredit: instagram.com/hijabuppropet

Antara penunjuk perasaan daripada pelbagai agama itu adalah ahli politik dan hos TV.

Kempen itu menggesa kerajaan (Sweden) untuk "memastikan bahawa wanita Islam Sweden dijamin hak untuk ... kebebasan beragama".

Mangsa telah dibawa ke hospital selepas penyerang mengoyakkan tudung beliau dan menghentak kepalanya pada kereta pada hari Sabtu.

Penyerang itu juga menjerit penghinaan perkauman pada wanita (yang hamil) itu semasa serangan di pinggir bandar Stockholm, rakan-rakan mangsa memberitahu media Sweden.

Polis kini menyiasat kejadian itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.