Khamis, 1 Ogos 2013

Tanda seorang yang akan dipanah petir

Jika diperhatikan kepada gambar dua beradik yang sedang senyum dan rambut mereka sedang menggerbang ke atas ini, nampak seperti keadaan ceria. Tetapi sebenarnya, mereka sedang dalam keadaan bahaya iaitu petir bila-bila masa akan menyambar mereka. 

Tanda seorang yang akan dipanah petir

Foto ini diambil pada 20 Ogos 1975 di Moro Rock, Sequoia National Park, California. Michael McQuilken (ketika itu berusia 18 tahun) yang berambut panjang di dalam gambar dan adiknya Sean (ketika itu berusia 12 tahun).

Caj elektrik di atmosfera sebelum sambaran petir boleh mengangkat rambut ke udara, memberikan amaran terakhir semulajadi untuk lari dari situ.

Mereka berdua terkena sedikit panahan petir, tetapi mujurlah tidak membawa kepada kematian. Cuma adiknya Sean yang terbakar agak parah di bahagian belakang badan. Tetapi seorang pendaki yang berada berdekatan mereka ketika itu mati seorang.

[Bacaan lanjut di NBC News]


p/s:  Berada di tempat tinggi memang berisiko tinggi terdedah kepada panahan petir / kilat. Seorang sahabat saya dulu juga pernah melihat rakannya depan mata kena panah petir, di kawasan tanah tinggi, sampai hangus badannya seperti daging masak dan mati di tempat kejadian.

Pengajaran kepada kita, jika kita lihat ada tanda-tanda mahu datang nya hujan dan cuaca yang tak elok, baca lah doa yang nabi sudah ajar kan dan tawakkal pada Allah. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.