Isnin, 19 Ogos 2013

Minuman berkarbonat buat anak jadi selalu membantah

Kajian terkini menunjukkan bahawa anak yang meminum minuman bersoda (berkarbonat) cenderung lebih agresif, sering membantah dan mencari perhatian.

Minuman berkarbonat buat anak jadi selalu membantah

Pasukan penyelidik dari Universiti Columbia, Harvard University dan University of Vermont menghimpun data yang mendapati bahawa hampir 43% daripada anak-anak sekurang-kurangnya minum satu gelas soda perharinya. Sementara itu, empat peratus daripada mereka meminum empat gelas atau lebih.

Menurut seorang penyelidik, indikasinya adalah seberapa kerap anak itu menghancurkan barang miliknya sendiri dan seberapa kerap mereka menghancurkan barang milik orang lain.

Anak-anak yang meminum empat gelas atau lebih setiap harinya dari minuman berkarbonat tersebut, mempunyai kemungkinan dua kali lebih tinggi untuk melakukan perilaku kekerasan daripada mereka yang tidak.

Mereka boleh terlibat dengan pergaduhan, menyerang atau bahkan menghancurkan barang-barang milik orang lain.

"Kami mendapati bahawa kecenderungan tersebut meningkat jika anak semakin sering meminumnya setiap hari," kata Shakira Suglia, salah seorang penyelidik tersebut, seperti dilaporkan oleh MedicalNewsToday.

Namun kajian tersebut tidak mengungkap secara terperinci sebab dan akibat antara minum soda dan perilaku agresif pada anak.



p/s: Apa-apa pun minuman berkarbonat memang membahayakan dan penyebab kepada penyakit-penyakit fizikal manusia juga .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.