Sabtu, 24 Ogos 2013

Majlis Ulama Indonesia tegas tolak Miss World

Majlis Ulama Indonesia tegas tolak Miss World
Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetap menolak diadakan pertandingan ratu cantik Miss World di Indonesia. MUI tetap menolak meski pihak penganjur sebelum ini berkata telah meniadakan sesi bikini.

"Memang ada pemberitahuan jika tidak ada sesi bikini, namun yang ditonjolkan adalah batik. Namun saya tidak yakin bahagian tubuh perempuan yang boleh ditonjolkan seperti dalam Islam sahaja yakni tangan dan wajah," ujar Ketua Bidang Komunikasi dan Maklumat dan Maklumat Sinansari Encip di Jakarta, Jumaat.

Dia menjelaskan, pertandingan ratu cantik Miss World selalu menampilkan kecantikan wajah dan tubuh. Selain itu juga menggunakan pakaian yang ketat.

Ketua Bidang Hubungan Luar Negeri KH Muhyiddin Junaidi menjelaskan, sepanjang sejarah pertandingan kecantikan itu selalu mempertontonkan kemolekan tubuh.

"Kalau mahu menguji IQ sila adakan pertandingan IQ. Jangan mengelabui kumpulan tertentu bahawa bukan hanya cantik fizikal tetapi juga 'inner beauty'," tegas Muhyiddin.

MUI menyatakan dengan tegas menolak diselenggarakannya pertandingan ratu cantik itu di tanahair, Jumaat.

Beberapa butir alasan penolakan adalah pertandingan itu tidak sesuai dengan Al-Quran dan Hadis mulai dari pakaian dan sebagainya. Pertandingan itu dinilai juga tidak sesuai dengan budaya bangsa, menonjolkan kemewahan, dan sebagainya.

Pertandingan Miss World dirancangkan diadakan di Jakarta dan Bali pada 4-6 September. Pihak penganjur yakni MNC memastikan tidak ada sesi bikini pada pemilihan pertandingan ratu sejagat kali ini.



p/s: Aighwa MUI, toyyib! Jangan diberi muka sangat dengan pertandingan-pertandingan sebegini kerana dapat merosakkan minda dan mencalarkan iman masyarakat. Sungguh MURAH tubuh-tubuh wanita yang diperagakan kepada khalayak umum tanpa batasan seperti yang digariskan oleh Agama Islam .......

Bagus Majlis Ulama Indonesia. Semoga suara-suara begini juga semakin lantang dilaungkan oleh ulama-ulama Malaysia ....... Perkara-perkara yang NYATA HARAM memang wajib ditegur dan disuarakan. Tetapi kita sekarang lebih suka pertikaikan dan berkelahi tentang perkara-perkara khilaf dan kecil sahaja, na'udzu billah min dzaalik,  ih ih ih ih ih .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.