Ahad, 18 Ogos 2013

Ikhwanul Muslimin akan dijadikan organisasi yang Haram

Peguam pendakwa Mesir telah memproses 250 penyokong Ikhwanul Muslimin sebagai defendan pembunuhan, percubaan pembunuhan dan keganasan, Reuters melaporkan mengutip pejabat berita negara MENA berkata pada hari Sabtu.

Mesir juga telah memperhebat tindakan keras terhadap Ikhwanul Muslimin dengan menangkap empat pemimpin Ikhwanul Muslimin di wilayah Damanhor.

Sementara itu, pemerintah Mesir telah menangkap Mohamed al-Zawahiri, saudara komander al-Qaeda Ayman al-Zawahiri, hanya kerana menyokong Mursi, kata seorang sumber keselamatan kepada agensi berita AFP, Sabtu.

Pada hari Sabtu, kerajaan sementara Mesir sedang merumuskan apakah akan mengharamkan gerakan Islam itu. Perdana Menteri Mesir bercadang untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin.


Kerajaan Kudeta mengatakan Ikhwanul Muslimin Sebagai Pengganas Fasisme

Mustafa Hijazi, seorang penasihat politik untuk kerajaan sementara, berkata kepada wartawan dalam sidang akhbar bahawa Mesir sedang dalam proses legalisasi semua kumpulan yang beroperasi dalam domain perkhidmatan awam tetapi "tidak menerima" mereka yang melakukan tindakan "luar undang-undang atau pihak berkuasa polis atau tentera. "

Hijazi berkata kerajaan akan bekerja untuk memerangi "keganasan dan radikalisme." Beliau menambah bahawa penyokong setia Ikhwanul Muslimin telah terlibat dalam kekerasan.

Hijazi, yang merupakan penasihat politik untuk kerajaan kudeta Mesir, mendesak penunjuk perasaan yang menyeru untuk memulihkan kembali Presiden yang digulingkan (Mohammed Mursi), agar "kembali ke logik rasional mereka."

Dia mengatakan Negara "telah menyatakan perang" melawan "kekuatan pelampau" yang berniat menggagalkan tujuan negara untuk membentuk negara awam.

Dia menyatakan bahawa "gereja telah dibakar, sekolah, muzium, penembakan tanpa sebab terhadap masyarakat awam yang sedang duduk di rumah mereka, pembunuhan rawak, pembakaran harta benda awam dan swasta, mensasarkan bangunan-bangunan kerajaan dan polis," semua itu adalah bentuk "keganasan."

[Era Muslim]


- Banyak syarikat besar luar negara di Mesir telah menghentikan operasinya, termasuklah syarikat General Motors Co., Electrolux AB, Royal Dutch Shell PLC, Toyota Motor Corp., Suzuki Motor Corp., BASF SE dan sebagainya. 

- Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, semalam, menyeru kepada semua pihak di Mesir agar menahan diri. Menurut warta AP pada (18/8/2013), Ban Ki-moon juga meminta agar semua pihak segera menurunkan ketegangan perselisihan.


p/s:  Macam-macam VERSI berita-berita tentang Mesir dan Timur Tengah muncul. Ada yang tulis pro-Mursi bakar gereja-gereja. Ada yang tulis askar-askar dan polis yang membakarnya.

Ada laporan barat yang mengatakan pro-Mursi itu pengganas. Tapi tak kurang juga yang membela pro-Mursi.

Ada yang tulis Obama sokong Kudeta Mesir. Tapi ada juga laporan dari berita-berita Israel sendiri , contohnya Arutz Sheva, yang MENGECAM Obama kerana sokong pro-Mursi dan tidak mahu kekejaman askar Mesir diteruskan.

Kerajaan tentera Mesir sekarang pun sudah kuasai media dan mula SPIN dan lakukan PROPAGANDA.

Dan macam-macam lagi lah, sehinggakan sukar untuk dibezakan yang mana satu betul.

Cuma, yang pasti, pembunuhan rakyat mesir oleh askar-askar dan polis Mesir adalah suatu KEJAHATAN dan KEZALIMAN yang nyata. Sentiasa iringi DOA untuk mereka-mereka yang dizalimi agar bantuan dari Allah tiba.

Sambil tapis berita yang diterima dengan teliti dan bijaksana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.