Jumaat, 30 Ogos 2013

FPI nyatakan acara Miss World berideologi 'membuang Tuhan'

Front Pembela Islam menyatakan peradaban Barat yang sekular dan liberal berada di sebalik acara pertandingan maksiat, Miss World. Barat memang bukan menolak agama dan menolak kebaradaan Tuhan, tetapi, tidak memberi peranan yang penting kepada Tuhan dan agama dalam sistem berfikir mereka.

FPI nyatakan acara Miss World berideologi membuang Tuhan

Logik berfikir 'membuang Tuhan', itulah yang kita jumpai pada logik pertandingan Miss World. Jangan bicara Tuhan di sini! Jangan bicara moral! Yang ada adalah nilai seni, hiburan, pertukaran asing, populariti, dan keuntungan material.

Ketika "Tuhan" sudah dibuang, maka manusia merasa berhak menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Padahal, ketika itu, manusia pada hakikatnya sedang menjadikan 'hawa nafsunya' sebagai Tuhannya.

"Wahai Muhammad, apa pendapatmu tentang tentang orang yang mempertuhankan hawa nafsunya? Allah menyesatkan orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya. Allah memateri pendengaran mereka, hati mereka dan memasang tabir di depan penglihatan mereka. Kerana itu siapakah yang dapat memberikan petunjuk kepada mereka selain Allah? Mengapa orang-orang kafir itu tidak mahu berfikir?" (Surat Al Jaatsiyah (45) : Ayat 23).

Menurut Front Pembela Islam, pertunjukan maksiat itu hendak dihadirkan atas di Indonesia atas inisiasi Miss Indonesia Organization, yang dipimpin Liliana Tanoesoedibjo isteri pemilik MNC Group Harry Tanoesoedibjo yang juga tokoh dan Cawapres parti Hanura. Ini perlu dicatat oleh umat Islam, agar tidak memilih parti Hanura dan Cawapresnya kerana telah menyokong pertunjukan maksiat Miss World 2013.





p/s:  Ayuh Muslimin dan muslimat Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand, BANGKIT MEMBANTERAS MAKSIAT!

Ya semua kita ini ada dosa masing-masing. Tetapi ada yang berdosa tetapi malu atau tidak menunjukkan pada manusia secara terang-terangan. Tetapi , jika sudah menunjukkan pada manusia lain secara terang-terangan tanpa ada perasaan malu dan takut, dibimbangi Allah tidak akan mengampunkan dosa tersebut, na'udzu billahi min dzaalik.

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata: Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu dan ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya tetapi di pagi hari menampakkan apa yang Allah S.W.T tutup (pada malam itu)." [Hadits Riwayat Bukhari]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.