Isnin, 26 Ogos 2013

Artis keturunan Mesir di usir dari Maghribi, kerana ucap selamat pada Sisi

Seorang penyanyi sekaligus artis wanita berasal dari Mesir, Shirin Abdul Wahab di usir dari upacara penutupan Festival Filem Timur Tengah di Tetouan, Maghribi, kerana mengisytiharkan sokongannya kepada pemerintahan tentera Mesir.

Selain mengisytiharkan sokongannya, Shirin juga mengucapkan selamat kepada Jeneral Sisi di depan awam rakyat Maghribi, yang sebelumnya telah menyatakan solidariti mereka terhadap penunjuk perasaan Medan Rab'ah dan Nahdah.

Orang awam Maghribi bertindak balas ucapan Shirin, dengan teriakan "Mursi, Mursi," dan langsung mengusir Shirin dari pentas teater, selain itu, pihak penganjur juga membatalkan acara sidang akhbar seperti yang telah dijadualkan sebelumnya.



p/s:  Harimau yang tak pandai mengembek apabila masuk kandang kambing .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.